our baby

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 03, 2015

8 Pindah Masuk Rumah Baru

Yeah! Alhamdullilah.
Dah settle semua, yes, semua!
Perabut dah masuk, langsir dah gantung, TV dah pasang.
And sekarang tengah pokai. hahaahaha.

Banyaknya kos nak masuk rumah. Tambah-tambah beli rumah baru yang fresh dapat segedebuk dari developer.
Kena slow-slow balik menabung, untuk kegunaan jangka pendek. Jangka panjang alhamdullilah dah fix.
Jangka pendek yang terkejut tergempaq ni selalu buat sakit kepala. hewhewhew..

Nak share lagi sikit gambar, kali ni yang dah siap dengan perabut ala kadar.
Perabut pun tak amik ikut keiniginan hati..sebab..kalau ikut keinginan hati kami ni boleh masuk kategori muflis plak nanti.
Setakat pilih yang murah, cantik dan berkualiti..Kami pasangan baru nak belajar hidup sendiri :)

Ini ruang tangga, gambar canvas memang saja tempah khas untuk gantung kat sini..Pastu letak lampu ala-ala muzium suluh ke gambar. Over~

Dari ruangan Ruang tamu nampak ke ruang makan. devide by partition tu je..
Rasa nak pasang langsir untuk sliding door ke dapur..tapi show house tak pasang..jadi kita tiru je la..(padahal budget tak ada lagi..kehkehkeh)

Ruang makan.

Tingkap dapur tak ada langsir.
Pasang wallpaper glass je. Sonang..

Ruang tamu keluarga kecil saya :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, September 10, 2015

16 Rumah pertama : Siap renovate!

Alhamdullilah..
Selesai cari contractor, selesai bayar contractor, contractor pun dah selesai kerja.

Badan duk lemau sebab pregnant yang kedua (alhamdullilah).
Rezeki anak-anak, rumah pun dah ready.

Untuk permulaan ni, rumah yang kosong tu hanya di ubahsuai untuk lengkapkan kemudahan yang basic je.
Bukan perbesaq tang mana-mana.

Hanya buat plaster ceiling, partition, wiring, kitchen cabinet, dan grill.

Grill simple. Tak ada bunga-bunga.
Partition kayu untuk separate hall and dining.
Kitchen Cabinet. Ruang terhad.

Kitchen cabinet.
Add hood and dapur sekali package.
Rumah dah masuk perabot sikit-sikit.. Beli sebelum GST dulu..
Baru lori mai hantar. Nanti dah complete susun, kita kasi share. hehe.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 05, 2015

0 Resepi Nasi Tomato

Sejak kebelakangan ni asyik memasak je..
Kali ni first time buat nasi tomato...mr Husand request..
Korang jangan la pelik kenapa fisrt itme pulak...hahah

Nasi tomato ni simple je, sedap...
Resepi Nasi Tomato

Resepi nasi

Bahan-bahan
1 biji bawang besar - pototng dadu
2 ulas bang putih
2 biji tomato - potong dadu
3 sudu sos tomato atau 1 sudu tomato puri (terpulang..kalau nak masam sikit letak lebih)
sedikit minyak sapi (2-3 sudu)
beras biasa atau basmathi
garam secukup rasa

Cara-cara
Panaskan minyak sapi
Tumis semua bawang merah, bawang putih dan tomota yg didadukan
Masukkan sos tomato.
Kacau sampai bawang naik bau.
Masukkan beras, goreng sikit...
lepas tu boleh tukar periuk, masuk dalam rice cooker, tambah air dan masak seperti biasa.
Jangan lupa masukkan garam.

Nasi tomato ni sedap dimakan dengan ayam masak merah...

Ayam masak merah

Bahan-bahan 
Ayam - 1 ekor dilumur kunyit dan garam (potong la 12 ke..16 ke...)

3 biji Bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris

(semua bahan ni kisar sekali)
2 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putig - kisar
1 inci halia -kisar
Cili kering - direndam air panas..kalau nak pedas potong banyak sikit - kisar

kulit kayu manis - 1
bunga lawang - 2
bunga cengkih -2
3-4 sudu sos cili
3-4 sudu sos tomato
susu cair - setengah tin
kacang peas
air asam
gula
garam

Cara-cara
1) Goreng ayam dulu separuh masak. (Kalau masak sangat nanti keras)
2) Habis  goreng ayam, minyak goreng ayam tu buang sikit. Gunakan minyak yang sama untuk masak ayam masak merah.
3) Minyak dah panas (minyak goreng ayam td), gorengkan bahan-bahan yang dihiris tadi sampai kuning.
4) Masukkan bahan-bahan yang dikisar.
5) Masukkan gula dan garam.
6) Masukkan sos cili dan sos tomato
7) Biar sampai pecah minyak.
8) Bila dah pecah minyak, masukkan air asam.
9) Masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
10) Masukkan susu cair dan kacang peas. Kacau sebati.
11) Agak-agak ayam dah masak, boleh tutup api dan hidangkan.

Aku hidangkan nasi tomato dengan jelatah dan papadom. :)





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 29, 2015

23 Mencari Kontraktor untuk wiring dan plaster ceiling

Punya la ligat otak ni duk fikir macam-macam...
Puncanya nak masuk rumah baru..padahal kunci pun tak dapat lagi...
Sekarang ni I ols tengah perah otak buat calculation budget nak masuk rumah baru..
Memang banyak la nak pakai duit kalau beli rumah baru.

Nak mulakan kehidupan baru ni bukan senang..lepas habis belajar simpan duit nak kawin..
Dah kawin, nak kena gigih simpan duit nak masuk rumah.

Kalau sewa rumah tu kira okey lagi la...takat yang ada je, maklumlah rumah orang.
Tapi bila nak masuk rumah sendiri ni, memang wajib kot fikir banyak...

Kalau nak rumah complete siap semua, kena beli rumah contoh le..
tapi tak mampu la hakak...rumah contoh mahal 100K...
Tapi bila fikir-fikir balik macam okey je mahal 100K..
Kau bayangkan lah, rumah contoh lawa gila...
Siap perabot 100%, kitchen cabinet lengkap, plaster ceiling cun, wiring full, aircond lagi, tambah ada interior design -wallpaper, cermin hiasan, memang kherlass!
Kalau kita nak upah orang pun mau harga nak dekat 100K jugak kalau nak masuk rumah lengkap.
Tinggal angkat baju je, bawa diri pindah masuk...
Haaa terlebih malas dah la tu i ols kan..hahaha

Bebel apa panjang sangat, tak masuk lagi topik yang nak diceritakan ni..
Sebenarnya I ols tengah cari kontraktor yang boleh pasang plaster ceiling dan wiring dengan harga yang murah dekat area Ipoh or Chemor...
Murah tapi buat kerja thorbaikk..Jangan lah pulak tapi keje menipu pulak kan..

Sekarang ni tengah hot desing LBox...I pun nak macam tu..
Nak macam ni...tiru rumah contoh :)


Ruang lain nak straight plane je..

Any idea...siapa yang boleh bagi quotation murah-murah berbaloi-baloi..??


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 15, 2015

0 Resepi Rainbow Cake

First time ever try buat kek yang susah.
Ahh bukan susah, tapi renyah.
Dengan oven kecik dan comel..muat masuk 1 loyang je setiap kali bakar.

Kek Rainbow ada 6 layer, means kena bakar 6 kali. Gagah tak nak tunggu turn bakar satu-satu.
hewhewhew..

Resipi Kek Pelangi @ Rainbow Cake.

Bahan-bahan:-
150gm tepung super fine (ayak)
150gm gula kastor
6 biji telur gred A (suhu bilik)
80ml susu segar
80ml butter (dicairkan)
1sdk baking powder
1sb Ovellete
1sdk esen vanila
6 pewarna makanan.

Cara-cara:-
  1. Campur tepung, gula, telur, ovellete, esen vanila, baking powder - pukul sampai sebati sehingga gebu dengan kelajuan maximum. 
  2. Tambahkan susu sedikit demi sedikit, pukul lagi sampai gebu gebas.
  3. Tuang mentega dan kacau sampai sebati. Guna spatula je.
  4. Bahagi adunan dalam 6 mangkuk, tuang pewarna setitik dua, Ikut suka. Kalau nak kaler terang, letak banyak..
  5. Griskan loyang gengan butter/metega supaya kek tak melekat. Bolhe je guna kertas lapik.
  6. Bakar satu persatu...160 darjah celcius dalam 10-15 min.
Cheese frosting
Bahan-bahan:-
250gm cream cheese
100ml whipped cream
50gm gula
sedikit lemon (sunquick pun boleh)

Cara-cara:-
  1. Campurkan semua bahan, putar sampai gebu.
Last sekali layerkan setiap lapisan dengan cream cheese, dan toppingkan seluruh kek dengan cream cheese.
Make sure kek dah betul-betul sejuk baru buat topping okeyh!


birthday boy..9 bulan. Hahaha
setiap bulan Harraz dapat kek sempena birthday monthly. Haha
jenuh mak aih....

Next time, nak consider lebihkan adunan untuk cream cheese, sebab kalau cream cheese mencurah-curah baru macam sedap kot. hehe




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...