our baby

Lilypie First Birthday tickers

Friday, December 31, 2010

2 2010 penuh suka duka...

gambar-gambar TERPILIH sepanjang 2010 [cewahhh!]

jalan-jalan ke Desaru masa Januari 2010!
last sem kat utm..sebelum busy dengan FYP, pegi jalan-jalan dulu!
my lovely classmate.
we have been together for 3 years!
n this pic was snap at our class BBQ party.
gambar masa SIMPOSIUM Projek Sarajana Muda.
with "kawan yang kadang baik,kadang gaduh"
honestly I miss her.
MY CONVOCATION
hari paling ditunggu-tunggu sepanjang tahun 2010.
and yes!! I'm officially graduated!
mandi sungai dengan besties!
go kart @ genting!
holiday sekeluarga ke Genting Highland.
28-29 dec 2010
me with my sibling (5 of us) naik roller coaster!
haaha
what a fun n precious memory

banyak lagi gambar sebenarnya.and aku pasti korang pun tahu.hehe
tapi tajuk "2010 PENUH SUKA DUKA" macam tak kena dengan gambar-gambar tu..
sebab semua macam SUKA saje kan?! haha
memang pon!
tak de plak gambar sedih.sebab masa sedih tak tangkap gambar.ngeh3...

Oh ye...nak ucapakan...
 SELAMAT TAHUN BARU 2011
SEMOGA IMAN KITA SELALU BERTAMBAH.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 27, 2010

9 Excited!! | Contest Aku dan Masa Silam |

yeazzza! excited gilos bila ada jumpa contest yang best!
hahaha...
kali ni aku berbesar hati nak join contest yang di anjurkan oleh Me Suya!
haaa tengok banner contest ni....apa macam...?
menarik kan..
err sebarang terma dan syarat sila pegi trus ke blog Me Suya okeyh!
.
.
.
.
.
haa ni gambar CikShomel iaitu aku selaku tuan punya BELOG ini.
kihkihkih..
(gambar masa umur 9 bulan dan 22 tahun!)

dulu kan..mak aku cakap, masa aku kecik-kecik aku kuat nanges...oppss seingat aku la kan...aktiviti menanges itu berterusan sampai darjah 4.kahkahkah..mengada gilos!  okeyh der nak citer lagi....masa kecik dulu aku suka main (of kos la!) memang ganas dan lasak sebab banyak masa di abeskan dengan abang.  paling selalu main atas pokok sebab kat tepi rumah ada 3 pokok pelam besau-besau! satu hari tu...aku terjun dari pokok ala-ala Zorro tanpa sedar paku elok je terpacak bawah pokok..  ape lagi....masuk dalam kaki la...tapi tak nanges..sebab aku kental.muahahaha (padahal nanges terguling-guling).

kalau tengok gambar tu........................................
dulu aku montok sikit la...sekarang cikeding je..muahhaha
dulu aku jalan pakai walker...sekarang pakai kaki sendiri!
dulu ada dua gelang kaki..sekarang dah bagi hilang.satu pun tak ade! grrr..
tapi..dari dulu sampai sekarang CUTE! (proses masuk bakul angkat sendiri)
.
.
aku Tag budak ini: Miss Cherry

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, December 26, 2010

3 Baru perasan...Lirik lagu Sheila On 7 guna perkataan CELAKA.

sengal..
actually lagu ni dah lama...
baru semalam perasan...haha..nampak sangat la aku hambik tahu pasal lagu kan...
ish ish ish...
ohh yup...semalam masa drive nak pergi pekan...radio era mainkan lagu Sheila On 7.
eeee lama dah kan tak dengar lagu group ni..
layannnn je la..tiba time korus tu..terdengar la perkataan CELAKANYA...
sebab korus tu ulang manyak-manyakkk kali, so aku dengar lagi je la...
pas tu tanya mak..."eh..mak..lirik ni ada sebut CELAKANYA kan..?"
haha...oittt aku lupa bagi tahu tajuk lagu..
tajuknya "SEBERAPA PANTAS"
pape pon korang layan je dulu kat bawah ni....




Lyrics | Sheila On 7 - Seberapa Pantas lyrics

aku je ke yang tak perasan dan baru perasan...?? oohhh ketinggalan zamannyeee! 
kalau di Malaysia ni..perkataan celaka macam kurang sopan je...
tapi kalau kat Indonesia aku nggak tahu sih maknanya.
maafin gue dong!

psstt~psstt~ header tu baru tukar..ok tak? ke burok? bg komen sikit..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, December 24, 2010

10 Cubaan Pertama | Carrot Cheese Cake

hai u ols..nak story sikit ni...
hari ni aku saja-saja rajin buat kek.
actually dah lama sangat memendam rasa nak buat kek..
masa dulu { sebelom abes belajar dan sibuk-sibuk nak balik U } sempat la lg buat-buat kek..ntah pape.poyoss jek.
.
.
aha..tadi aku buat Carrot Cheese Cake.
tu la 1st time try resipi tu..
before ni ade buat dah kek cheese..tapi bukan Carrot Cake.
Cheese Crumb Cake. of cos sedap!
hahaha.tapi sorry tak de gambar kek tu.
.
.
oh gambar kek carrot ade la..
aku semestinye tak memperincikan kemasan atas kek (cewahhh)..
sebab yang nak makan pon family aku je kan..
buat lawa-lawa pon macam....ahhh tak payah la...
so kalau u ols tengok kek tu macam hampeh je, korang ignore.
tapi rasanya sodapp! [perasan disitu]
..
ohh.lagi satu...kek yang aku suka dan mereka suka kek coklat! Klik SINI!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 23, 2010

3 Keyboard dan Mouse lebih kotor dari Mangkuk Jamban!

TANPA kita sedari, komputer yang sering kita gunakan di pejabat mempunyai 400 kali ganda bakteria daripada tempat duduk tandas.
Kajian dijalankan Pusat Penyelidikan Kebangsaan untuk Wanita dan Keluarga Amerika Syarikat itu juga mendapati telefon di pejabat juga mungkin menempatkan lebih daripada 25,000 kuman bagi setiap keluasan satu inci persegi.
Meja serta papan kekunci dan tetikus komputer juga tidak jauh beza. Hakikatnya, pejabat adalah antara tempat yang paling banyak mengumpul kuman di sekeliling kita.
Selain itu, mereka yang terlalu asyik menggunakan alatan membabitkan skrin sentuh seperti telefon bimbit juga harus berhati-hati. Pakar penyakit berjangkit di Australia mendapati alatan skrin sentuh terbukti sebagai satu cara mudah untuk menyebarkan kuman.

Pengarah Penyakit Berjangkit dan Mikrobiologi Universiti Nasional Australia, Prof Peter Collignon, mendapati dalam satu kajian, terdapat risiko yang tinggi penyebaran kuman dan virus daripada permukaan kaca seperti telefon pintar dan iPad kepada kulit manusia.

Penyelidik mendapati, kira-kira 30 peratus daripada kuman pada telefon skrin sentuh disebarkan ke tangan pengguna dan sebahagian kuman terbabit pula akhirnya memasuki tubuh.
Kuman yang dipindahkan menerusi tangan biasanya kuman yang boleh menjadi punca pelbagai penyakit, daripada selesema hingga kepada penyakit serius," katanya.

Selain itu, tempat lain yang sering menjadi tumpuan kuman termasuk kelab kesihatan, troli membeli-belah, butang dan sinki dapur.
Satu kajian mendapati secara purata butang ATM mengandungi 1,200 kuman, iaitu lebih banyak daripada kebanyakan tombol pintu tandas awam.

Mungkin ramai menyifatkan tandas atau bilik air tempat yang kotor tetapi lazimnya, bilik air sering dibersihkan malah dinyah kuman.

Haaa...pandai-pandai korang la nak hapuskan kuman tu cam ne kan...atau beli je sanitizer yang belambak kat kedai..Oppss..tapi beli yang boleh bunuh kuman 99.9%! 
Ehh satu lagi..bole jugak cuba pakaian ini...

ANDA TIDAK AKAN DIKENAKAN TINDAKAN SEKIRANYA ANDA MEMBUNUH KUMAN!

sumber petikan : Metro (22/12/2010)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 16, 2010

4 TQ Awak, Saya Bagi Awak Award Follower Ke-100!

aha...
Alhamdullilah, semakin hari semakin ramai follower..
setakat ni aku tak pernah lagi guna kaedah memaksa orang suruh follow-pollo.
"saya folo awak, folo saya balik!"
"i folo u, folo me back!"
sesungguhnya ayat tersebut menunjukkan makna yang sama tetapi menggunakan bahasa berbeza...cewahhh!
tak mo...tak mo..tak mo buat cam tu!!
x baik taw guna ayat memaksa kerabat blogger main follow-follow..
serba salah jadinyeee...pheww~
.
.
haah mukadimah panjang gilek..
sebenarnye nak bagi taw kat sini, aku nak bagi award free kat follower ke-100 blog aku ni..
terima kasih  dyayapunyecrite a.k.a. izyana sebab sudi jadi follower ke-100 ye!

*soooryyy kalau Award ni tak cantik :(
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, December 14, 2010

2 Yea!! Dah ada Banner!

hai!
haha
suka! suka! suka! suka!
.
suka sebab baru siap buat Banner untuk Blog sendiri.
haha
.
.
Banner ni aii letak kat sidebar sebelah ye
.
sudi-sudi la amik..
muahahahha

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, December 11, 2010

2 Join BlogLarian, cara mudah berBlogWalking!

http://bloglarian.blogspot.com/ 
korang nampak tak gambar yang aku tempek kat atas tu...?
tu la BLOGLARIAN yang aku baru je join..kih kih kih..
nak kenal dengan BLOGLARIAN? Klik Klik Klik SINI!
BlogLarian ni adalah cara mudah nak blogwalking...

Dengan ini aku nak menulis bahawa:
Saya suka berblogwalking kerana saya selalu jumpa entri best, gempak, siod dan kelakar gilos kat belog orang lain! Sambil tu korek-korek idea kat celah-celah Blog orang!

Oh my dear...aku nak TAG 3 orang la...
-------------------------------buh- bye!-------------------------
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

21 [ Edisi WANITA ] Jom Ukur Saiz Bra Anda!

Ini pasal perempuan sahaja..kalau lelaki nak baca suka hati korang la..(rajin la plak korang nak baca..haha..)
Sebelum ni mesti ada yang blur-blur masa nak beli bra kan...jenuh pikir nak beli cup A ke..B,C ke...cupcakes ke kan...haishh..dah la bra tak boleh try...hehe..
so meh la baca kisah dibawah....

Perkara yang perlu dibuat sebelum mengukur saiz bra korang adalah..

  • luruskan badan dan letak tangan disisi (suruh kawan tolong ukur!)
  • Guna pita pengukur yang lembut dan leper
  • Masa ukur, guna bra yang sesuai tanpa span atau besi. (jangan lak tak pakai bra, karang kawan korang malu-malu plak! wakaka)

gambar ni bukan gambar lucah
Langkah 1: Ukur Saiz Jalur

  • ukur ketat-ketat
  • Tambah 5 inci pada ukuran terakhir
  • Bundarkan jumlahnya pada nombor genap berikutnya
Langkah 2: Ukur Saiz Mangkuk

  • Ukur dengan longgar sekitar dada melalui puting
  • Bundarkan jumlahnya pada nombor penuh berikutnya
Langkah 3: Kira Saiz Mangkuk

  • Ia merujuk pada perbezaan antara saiz jalur dan saiz mangkuk


Contohnye disini ye saudari sekalian:
Saiz jalur korang 30 inci.
Saiz mangkuk korang pulak 33 1/2 inci.
Jadi....Ikot langkah 1..
Tambah 5 inci pada saiz jalur..30+5=35, lepas tu bundarkan pada nombor genap seterusnya, jadi 35-->36
Bundarkan saiz mangkuk pada nombor berikutnya, 33 1/2 inci --> 34inci

Jadi hasil yang korang kira ialah :
Saiz jalur - Saiz mangkuk
36 inci - 34 inci = 2 inci

Jadi mana satu mangkuk korang?

  • 1 inci = mangkuk korang saiz A
  • 2 inci = mangkuk korang saiz B
  • 3 inci = mangkuk korang saiz C
  • 4 inci = magkuk korang saiz D
[info: buku Tentang Gadis from Kotex]
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, December 08, 2010

4 [GAMBAR & ...] Gitar Idaman!

Mana satu gitar yang paling sesuai untuk aku 
"Si Kidal"
keh keh keh (gelak versi gedixs!)

ouchh shantekk!

ni gitar ke hape? macam alat untuk belasah Teman Lelaki jek!


ok.comel!


LAGI comel
.
.
.
ni yang paling sesuwaiiiii dengan aku
bergaya!

*eentri bodo-bodo yang ditulis untuk suka-suka*

*tukang tulis entri ini sama sekali tidak pandai bermain gitar mahupun violin (err ada kena mengena ke..)*


mekaseh tu Mr.Google.I cilok gambar dari U!




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, December 07, 2010

4 3 Soalan Pendeta Yahudi kepada Rasullulah sebelum beliau bersumpah memeluk Islam

Seorang pendeta Yahudi yang paling alim dan berpengaruh bernama Abdullah Bin Salam telah bertemu Rasullulah di Madinah setelah baginda berhijrah dari Mekah.
Beliau telah bertanyakan 3 soalan kepada Rasullulah untuk membuktikan bahawa Rasullulah itu adalah Nabi..
kerana menurut beliau hanya Nabi sahaja yang mampu menjawab segala soalannya itu. Jika Rasullulah berjaya menjawab semua sialan itu, beliau akan memeluk Islam..
maka..3 soalan yang ditanya kepada Rasullulah itu adalah:


1. Apakah makanan pertama yang akan dijamah oleh penghuni syurga?
maka, jawapan Rasullulah adalah Lemak Hati Ikan Paus...


2. Kenapakah wajah bayi ada yang mengikut rupa bapa,ada yang mengikut rupa ibu dan ada yang bercampur..?
maka jawapan Rasullulah ialah kerana mengikut kekuatan benih semasa disenyawakan..jika benih bapa lebih kuat maka anak itu lebih menyerupai bapanya..


3. Apakah tanda akhir kiamat..?
maka Rasullulah berkata berlaku perperangan antara Islam dan Yahudi..


Beliau yang mendengarkan jawapan itu terus mengucapkan "Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, dan aku naik saksi bahawa Rasullulah itu persuruh ALLAH"




SALAM MAAL HIJRAH 
share: ilmu lepas dengar ceramah Maal Hijrah kat Masjid Ridzuaniah,Kuala Kangsar.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, December 01, 2010

0 baru selesai Interview..pfft~

selasa -30 Nov 2010-
interview kat TNB Penang...
tak nak pergi...tapi pergi jugak sebab KONON-KONON nak gain experience INTERVIEW.
orang pergi interview sebab nak kerja...pfft...

image:google
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, November 28, 2010

5 Cari Header Baru Sejak Dua Hari Lepas...

Sejak dua hari lepas aku asyik buat HEADER baru je...
.
 ...........bosan..........
.
sebab tu asyik buat header baru je..
.
cube korang tengok kat bawah
.
.
.
.
.
.
bawah lagi
.
.
.
.
.
.
.
tulisan Pink!
.
tulisan warna-warni
.
err...En TemanLelaki pun nk gambar dia dalam Header...
sebab kami share Blog..
pfftt
.
.
so...apa macam?

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 Padah Nescafe 3 in 1 dan seumpamanya...

Kawan saya (dah arwah)...... .
dari usia muda.....
pagi nescafe..... 2 X..
petang nescafe....2X. ..
malam nescafe....? X...

depan mata saya........ .
bengun dari kerusi ........
kaki dia terus patah....
ulang dia reput.....

Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, November 26, 2010

4 Hati Ku jadi RAPUH dengar lagu RAPUH!


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
ku persembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
.
.
JOM LAYAN LAGU KAT BAWAH
.
.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

15 aku tak chantekk sebab tu aku tak ramai follower! betol ke cam tu???

betol ke ayat untuk tajuk kat atas tu..
AKU TAK CHANTEKK SEBAB TU AKU TAK RAMAI FOLLOWER! 
boleh di guna pakai ke tajuk tu?

TAK BOLEH okeyh!!



ada plak cam tu...
orang tulis blog ko sibuk la nk show ko cantik ke tak..
haha....
tapi selalunya orang cantik memang menarik perhatian..
ahakss!
aku PUN sukeeeee tengok orang cantik.
aku bukan Les ye saudara saudari sekalian.
ehem3...ngokngek..

Belog orang cantik
blog roll ke bawah..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
itu saja la...
korang cari sendiri la yang lain-lain..
hehe

aku jeles dengan nuff mereka saje..
mesti la masyukkk kan!!
errr jeles-jeles!!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, November 25, 2010

0 berat badan naik 3 kilo!!

oohhh hoiiiii!!
hehe....sejak aku abis belajar bulan 5 ari tu, aku telah berjaya naikkan 3 kilo..
susah gila nak naikkan berat!


kalau orang lain ada masalah nak turunkan berat, aku pulak terbalik....
actually aku bukan la nak gemuk..cuma berisi cket...
tapi aku rasa aku bukan la kurus sangat...


cuma tension bila ada manusia bangang tak berhati perut yang suka menyibuk cakap aku tak cukup makan..
aku dah diciptakan kurus...kenapa korang tak faham...


sekarang ni aku dah duk je kat rumah siang malam kan...dapat la naik 3 kilo.
bayangkan dah 8 bulan aku baru naik 3 kilo...
makan cukup je pagi-tengah hari-petang-malam....


errr tapi tak nak la makan banyak-banyak sangat..nanti jadi obes tak pasal-pasal....
jenuh pulak nak diet..haha
apa-apa pun bersyukur sangat aku sihat...
kita sebagai manusia ni kena bersyukur..
ni semua nikmat Allah...
yang pasti aku bukan ANEROXIA!
hoho..ni bukan gambar aku okeyh!!
cari di google

entah hape-hape la entri aku ni...
layannn je la...
muahhhh!


xoxo!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, November 20, 2010

7 Bila Isteri dah Tak Cantik.....


Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.

Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan ceritanya bermula begini..

"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, November 15, 2010

4 Cbox to ShoutMix!

hai hai hai..
tukar-tukar widget lagi!
sekarang Blog k.a.m.i  dah tukar pakai ShoutMix!
sebelum ni pakai widget Cbox.
Cbox tak best la...sebab ruang nak tulis email/link tu macam leceh je kan...
kalau blogwalking pon aku malas la nak tulis kalau tengok Cbox.
haha..lepas tu baru sedar diri nak tukar ke ShoutMix!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, November 14, 2010

4 fesyen HIJAB merebak sepantas Virus H1N1!

hahaha (gelak dulu). ok dah puas gelak.
hape kes tajuk entri aku camgitu....
aku tak peduli..suka hati aku la nak letak tajuk ape.. @_@
.
nak berkata-kata sikit pasal fesyen HIJAB ni..
wahhh makin menjadi-jadi..and of kos cantekkkk okeyh!
naik angin gila tengok....haha..
.
dulu kan orang pakai tudung ni macam BERKECIK HATI je pasal fesyen ni..(errr tak de gambar nak share..)
ye la....aku pon tak taw nak pakai lawa-lawa cam ne..! tudung Ikan Bawal tu..nak wat fesyen cam ne kan..
but now...wowww..tudung and shawl sangat lah Awesom!!
bukan je tudung..anak dia pon Awesom! Anak Tudung! 
aku suka okeyh!!!! nak beli semua tapi.....duit tak billion-billion!
.
korang bayangkan...tudung sekarang sangat stye!!
sopan jugak, ayu jugak!
.
saya!
dulu orang free hair je leh bergaya sakan kan....kejap rambut senget, tegak, lurus,bengkok..kaler macam-macam...but now tudung lagi cantekkkk hampa taw tak!!
pakai Hijab kalerful!! bole tukar-tukar kaler...siang kaler lain,malam kaler lain.
kalau free hair, nak kaler rambut...bukan bole tukar-tukar selalu...kalau korang nak botak,boleh la kot rosakkan rambut tu...
.
lagi satu..pakai Hijab ni bukan la panas pun....
kalau tak pakai pun panas jugak...cuaca kat Malaysia ni standard la kan....
tak de alasan la malas nak pakai Hijab. Ini bukan soal panas atau sejuk ok..ni soal wajib!
kalau nak cakap out-dated...errr lagi la tak boleh blah...
errr marah ni..marah! (tak pasal-pasal kan...)
..
ehh tapi bila pakai Hijab tu kan....nak fesyen pon agak-agak la kan..
ade yang aku tengok pelik sangat pulak!



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, November 10, 2010

10 kereta manual vs kereta auto

salam readers.
korang drive kereta tak?
korang drive kereta manual ke auto?
hehe..
aku sedang aktif berkereta manual...

tapi satu kebengongannye adalah aku sangat takut menghadapi bukit!!!
susah gila la...actually tak susah la sangat, sebab bukan aku tak leh lepas kan...
sebab masa amik lesen dulu pon mesti lepas bukit...
tapi sebab dalam mental aku ni dah set yang bukit mesti terundur,maka setiap kali jumpa bukit jadi gabra gila!
aku ni bila bawa kereta manual mula la agresif...haha..
macam nak langgar je segala yang ada...(konon-konon kereta aii kebal)
kalau motor buat hal makan angin tengah jalan memang kena HON je la...(maaf ye bikers) haha
kereta auto memang best gila..bukit curam pon maintain je dia melekat kat jalan tu!
tak payah risau nak mati enjin ke hape kann...?!
lagi satu keta auto ni relax..tak payah la nak tekan klac...jalan jem memang tak de hal..

sekarang ni aku drive kereta mak dengan ayah..
so diam-diam sudah.
komplen banyak kang tak pasal-pasal kena kayuh basikal je plak kann.
haishhh..

image by:: forums.forzamotorsport.net & hubpages.com
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, November 09, 2010

2 Dia Kacak!

dia kacak!
.
aii dating dengan dia hari isnin sampai khamis pukul 3 petang.
hehe..
.
.
DINGDONG DANTES
.
date depan TV je pon..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 kenapa kawan yang baik susah di cari....

assalamualaikum...
entri ni bernada sedih....
sebab tukang tulis ni sedang berasa sedih...
aku mencari kawan...
kawan yang boleh berkongsi rahsia...suka..duka...masalah...dan cerita.
tapi sampai sekarang belum jumpa..
yang ramai adalah kawan yang selalu cuba mengambil kesempatan...
selalu tak ada tolak ansur...
aku tak cari kawan yang kaya,cantik or gedik...cukup la yang sempoi dan sekepala dengan aku (bukan kembar siam).
mungkin aku patut lebih menilai diri supaya lebih senang mencari kawan nanti...


...............................SEKIAN.................................
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, November 06, 2010

0 Eeee..badan kau berBAU!!

hoiii
.
badan kau berbau la!! 
(sebenarnye tu cakap dalam hati..)
takkan la aku nak jerit kat telinga kau kan....aku tak la sengal macam tu okeyh.
blogs.mirror.co.uk
kenapa badan berbau?
sebab-sebabnya..

1. pemakanan yang tak seimbang...segala rempah ratus juga adalah penyubang masalah bau badan.
2. tak jaga kebersihan badan.
3. peluh yang memepunyai lemak berlebihan! 
4. peluh kat ketiak la paling teruk beb..sebab kat situ ade kelenjar peluh yang keluarkan peluh yang pekat melekat. lebih pekat dari biasa! sooo..pakai la deodorant!

~ kalau awaks-awaks tak nak pakai deodorant...amalkan tonyoh limau kasturi or limau purut.tonyoh (bahasa lainnye..gosok..) kat ketiak tu...lama-lama bau tu hilang..ketiak pun boleh putih!
~ silalah mandi...mandi banyak-banyak kali!
~ lepas mandi tukar la baju der...kalau pakai baju busuk tak de guna!
pollsb.com
p/s: kalau ketiak tu bulu lebat sangat..eee sila la rapikan...pfftt~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 belog k.a.m.i di TAG untuk join GA!

haha
.
pertama kali di TAG oleh rakan blogger untuk join Give Away!
.
dianjurkan (skema ayat!) oleh ckynwan
sebarang syarat n peraturan sila ke belog ckynwan okeyh!
.
thanks to Kisah SI Hitam Comel yang menge"Tag" aii okeyh!
.
aii rasa nak join 1st category la ek...
sebab belog aii ni tak banyak pelawat sangat kot...?
.
disini aii nak Tag...
.
sekian!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 belog saya baru pasang LINK Widget!

hahaha
.
poyo gila pasal ni pon nak tulis entri.
.
tak peduli!!
.
aku baru bubuh LINK WIDGET!

.
so..
tinggalkan lah alamat belog korang kat situ.
.
sila-sila lah ye..
.
oh ye saudara-saudari..
rajin-rajin la baca entri.
tak baik taw tinggal link tapi tak baca entri.ishk3...
JADIKAN MEMBACA BUDAYA KITA!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, November 05, 2010

5 Arwah Ibu Melawat Jenazah Anaknya

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital.
Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut.
Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.
by khaizarien.net


Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan.
Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah.
Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an.
Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam.
Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh,
namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya.
Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti,
sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna.
Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,
tetapi hitam seperti terbakar.
Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu.
Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya;
apakah yang sebenarnya telah terjadi?
Siapakah pemuda itu?
Mengapa wajahnya bertukar hitam?
Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...