our baby

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 07, 2010

4 3 Soalan Pendeta Yahudi kepada Rasullulah sebelum beliau bersumpah memeluk Islam

Seorang pendeta Yahudi yang paling alim dan berpengaruh bernama Abdullah Bin Salam telah bertemu Rasullulah di Madinah setelah baginda berhijrah dari Mekah.
Beliau telah bertanyakan 3 soalan kepada Rasullulah untuk membuktikan bahawa Rasullulah itu adalah Nabi..
kerana menurut beliau hanya Nabi sahaja yang mampu menjawab segala soalannya itu. Jika Rasullulah berjaya menjawab semua sialan itu, beliau akan memeluk Islam..
maka..3 soalan yang ditanya kepada Rasullulah itu adalah:


1. Apakah makanan pertama yang akan dijamah oleh penghuni syurga?
maka, jawapan Rasullulah adalah Lemak Hati Ikan Paus...


2. Kenapakah wajah bayi ada yang mengikut rupa bapa,ada yang mengikut rupa ibu dan ada yang bercampur..?
maka jawapan Rasullulah ialah kerana mengikut kekuatan benih semasa disenyawakan..jika benih bapa lebih kuat maka anak itu lebih menyerupai bapanya..


3. Apakah tanda akhir kiamat..?
maka Rasullulah berkata berlaku perperangan antara Islam dan Yahudi..


Beliau yang mendengarkan jawapan itu terus mengucapkan "Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, dan aku naik saksi bahawa Rasullulah itu persuruh ALLAH"




SALAM MAAL HIJRAH 
share: ilmu lepas dengar ceramah Maal Hijrah kat Masjid Ridzuaniah,Kuala Kangsar.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 comments:

BeaN MorENo said...

wow nice lah entry ni...

cikShomel said...

@BeaN MorENo thanks bean!

tanjung.mersing said...

Salam, Hadis yg ditulis telah disalah erti (no 3) dan silap dari segi pentafsiran. Semuga Allah menunjukkan jalan yg lurus kepada kita semua.

http://www.1aqidah.net/v2/soalan-abdullah-bin-salam-radiallahuanhu-kepada-rasulullah-sallallahualaihiwasallam/
Telah meriwayatkan kepada kami Muhammad bin Salam, telah menceritakan kepada kami Al-Fazari daripada Humaid daripd Anas radiallahu`anhu katanya: `Abdullah bin Salam mendatangi Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam di Madinah kemudian beliau mndatanginya, lalu berkata: “Sesungguhnya aku ingin brtanya kepada engkau tentang tiga perkara, tidaklah mengetahuinya melainkan Nabi katanya: 1) Apakah tanda pertama hari kiamat? 2) Apakah makanan terawal yg akn dimakan oleh ahli syurga? 3) Dan sebab apakah seorang anak menyerupai bapanya? dan sebab apakah seorang anak boleh menyerupai bapa saudaranya disebelah ibunya?

Jawab Nabi sallallahu`alaihiwasalam: “Jibril telah memberitahu aku tentang soalanmu itu sebentar tadi” kata Abdullah: ” Itulah musuh orang-orang yahudi di kalangan malaikat” Lalu Nabi menjawab:

1) Adapun tanda pertama hari kiamat apabila timbulnya api dan manusia dihimpunkan daripada timur hingga ke barat.
2) Adapun makanan terawal yang akan dimakan oleh ahli syurga adalah hati ikan [1].
3) Adapun serupanya seorang anak: “Jika seorang lelaki menyetubuhi isterinya lalu air maninya mendahului air mani isterinya maka anak itu akan menyerupai bapanya,jika air mani isterinya mendahului air mani suaminya maka anaknya akan meyerupai ibunya”

adexism said...

jawapan yang jitu tanung mersing :h:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...