our baby

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, December 23, 2010

3 Keyboard dan Mouse lebih kotor dari Mangkuk Jamban!

TANPA kita sedari, komputer yang sering kita gunakan di pejabat mempunyai 400 kali ganda bakteria daripada tempat duduk tandas.
Kajian dijalankan Pusat Penyelidikan Kebangsaan untuk Wanita dan Keluarga Amerika Syarikat itu juga mendapati telefon di pejabat juga mungkin menempatkan lebih daripada 25,000 kuman bagi setiap keluasan satu inci persegi.
Meja serta papan kekunci dan tetikus komputer juga tidak jauh beza. Hakikatnya, pejabat adalah antara tempat yang paling banyak mengumpul kuman di sekeliling kita.
Selain itu, mereka yang terlalu asyik menggunakan alatan membabitkan skrin sentuh seperti telefon bimbit juga harus berhati-hati. Pakar penyakit berjangkit di Australia mendapati alatan skrin sentuh terbukti sebagai satu cara mudah untuk menyebarkan kuman.

Pengarah Penyakit Berjangkit dan Mikrobiologi Universiti Nasional Australia, Prof Peter Collignon, mendapati dalam satu kajian, terdapat risiko yang tinggi penyebaran kuman dan virus daripada permukaan kaca seperti telefon pintar dan iPad kepada kulit manusia.

Penyelidik mendapati, kira-kira 30 peratus daripada kuman pada telefon skrin sentuh disebarkan ke tangan pengguna dan sebahagian kuman terbabit pula akhirnya memasuki tubuh.
Kuman yang dipindahkan menerusi tangan biasanya kuman yang boleh menjadi punca pelbagai penyakit, daripada selesema hingga kepada penyakit serius," katanya.

Selain itu, tempat lain yang sering menjadi tumpuan kuman termasuk kelab kesihatan, troli membeli-belah, butang dan sinki dapur.
Satu kajian mendapati secara purata butang ATM mengandungi 1,200 kuman, iaitu lebih banyak daripada kebanyakan tombol pintu tandas awam.

Mungkin ramai menyifatkan tandas atau bilik air tempat yang kotor tetapi lazimnya, bilik air sering dibersihkan malah dinyah kuman.

Haaa...pandai-pandai korang la nak hapuskan kuman tu cam ne kan...atau beli je sanitizer yang belambak kat kedai..Oppss..tapi beli yang boleh bunuh kuman 99.9%! 
Ehh satu lagi..bole jugak cuba pakaian ini...

ANDA TIDAK AKAN DIKENAKAN TINDAKAN SEKIRANYA ANDA MEMBUNUH KUMAN!

sumber petikan : Metro (22/12/2010)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 comments:

Nur Hanani said...

Hahaha..tak nak pakai pakaian cam tu lak.. Beli sanitizer je lah.. :) Dulu ada kawan kenalkan barang untuk bersihkan keyboard..tapi lupa lak namanya..memang berkesa. Dia macam jelly je.kena gelek-gelekkan atas keyboard.. :)

Jom baca ni: Discover Your Miracle with LancĂ´me Maqui Miracle..

nur baizura said...

@Nur Hanani aah...ade mcm jelly...bole golek2 atas keyboard..hehe

senshi said...

1st sekali aku terpesona dengan header.. pastu aku terpesona dengan wajah owner blog ni.. pergh.. aku nak like ni.. mana butang like?

Ada Aku Kesah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...