our baby

Lilypie First Birthday tickers

Monday, January 31, 2011

9 Jom buat profile FB jadi lebih style!

sebenarnye aku tak suka profile Facebook yang baru...
tapi baru tadi rasa macam 'ehh ok jugak profile baru ni!'
ekceli profile Facebook aku dah berubah..ceceeyhhh...
nak tengok tak..?
aku tak peduli korang nak tengok ke tak nak..aku nak tunjuk jugak!
.
.
.
hehehe ape macam derr..?
tapi kan...of kos gambar profile ni akan selalu berubah-ubah...
al-maklum je la,dah pandai buat..so selagi tak boring, selagi tu la akan tukar-tukar.
.
cuba tengok contoh-contoh ni..cool kan!
                          
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, January 28, 2011

3 Jom berSTYLE dengan boot!

ada siapa-siapa disini peminat boot? atau yang teringin nak bergaya dengan boot? haha..iye aku angkat tangan!
jom tengok boot-boot yang cun meletops!
        
ni boot yang tinggi...tutup betis..
cantik kan!

 

ni pulak boot yang separa tinggi..yang warna kelabu tu sangat cool!!!
.
jom tengok selebriti dengan boot...
  
yuna sangat cool dengan boot!
walaupun bertudung,tak de masalah kot nak pakai boot..lagi bagus tutup jari-jari tu.hehe
.
 



seleb orang putih pun suka pakai boot...
salah satu sebabnye negara diorang sejuk!
tak kesah la sebab apa diorang pakai, yang pasti cool!



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 27, 2011

4 Tarikan Suara Seksi Sang Lelaki!

Tidak dinafikan, selain paras rupa, suara menjadi antara faktor dinilai pada pertemuan pertama. Seperti ekspresi yang ditunjukkan melalui wajah, suara juga menjadi isyarat penting yang menggambarkan keperibadian dan emosi seseorang.

Jejaka yang berwajah tampan, memiliki susuk tubuh maskulin serta berketerampilan juga boleh menghadapi kesukaran mendampingi wanita andai suara tidak sepadan dengan pakej lain yang ‘ditawarkan’. Tidak hairanlah, bintang bola sepak antarabangsa, David Beckham dikatakan pernah dikritik gara-gara suaranya yang kecil dan kelakar, tidak seiring dengan ‘pakej’ fizikal menarik yang dimiliki jaguh sukan ini.

Perbezaan utama antara suara lelaki dan wanita ialah nada iaitu lelaki bercakap dalam oktaf (octave) yang lebih rendah daripada wanita. Lelaki dan wanita yang memiliki suara menarik selalunya lebih mudah dan lebih awal mendapat pasangan. Secara tidak langsung, ia membuktikan suara memainkan peranan dalam menarik perhatian jantina berlawanan.

Dalam dunia jejaka pula, individu yang mempunyai suara dalam lebih mudah memikat wanita. Dari segi fizikal, lelaki yang mempunyai bidang bahu yang luas dan pinggul yang kecil cenderung memiliki suara menarik.

Hanya dengan mendengar suara, bukan saja anggaran ketinggian dan berat saja boleh diteka, malah status sosio ekonomi, personaliti serta keadaan mental dan emosional seseorang dapat dikenal pasti.

Merujuk kepada hasil soal selidik yang pernah dikendalikan di sebuah laman web, suara seseorang boleh dianggap sebagai kunci tarikan yang menambat hati seseorang.

Bercakaplah secara perlahan, secara yakin dengan suara yang lebih dalam kerana sebahagian besar wanita menganggap suara seperti ini sebagai menarik dan seksi. 

Biarpun tidak dapat mengubah suara asli, pastikan anda sentiasa bercakap dalam nada yang yakin dan ceria apabila berbicara dengan seseorang yang anda suka. Suara yang kedengaran dominan, berkeyakinan dan menarik itulah yang dapat membuatkan anda menjadi lebih seksi!
Tip menjadikan suara anda lebih menarik
Anda mungkin sedar, sesetengah individu bercakap dalam nada yang rendah hingga sukar mendengarnya dengan jelas. Ini disebabkan perasaan malu dan kurang keyakinan.

Individu ini tidak mahu kehadiran mereka disedari, sebaliknya lebih senang berselindung daripada pandangan ramai.

Jika anda ingin menarik perhatian wanita, penting bagi anda untuk bercakap dalam nada yang cukup untuk membuat mereka sedar kehadiran anda. Seseorang lelaki yang bercakap dengan nada yang sedikit tinggi dan secara terhormat, mampu menampilkan diri mereka sebagai seorang yang berkeyakinan.

Anda lebih mudah diberi tumpuan dan didengari oleh wanita jika anda bercakap kuat sedikit daripada orang lain. Hinggakan pada suatu tahap, apa yang anda perkatakan tidak begitu penting berbanding kekuatan suara anda apabila bercakap.

Oleh itu, anda perlu berlatih mulai sekarang. Jadikan bercakap dengan lebih kuat sedikit daripada biasa. Selain itu, berlatih untuk melontarkan suara dengan baik melalui bercakap dengan orang yang berada beberapa meter daripada anda.

Pada mulanya, anda mungkin tidak dapat mengagak sekuat mana suara yang perlu dilontarkan tapi lama-kelamaan, anda akan berupaya menentukan sekuat mana suara yang perlu dilontarkan mengikut sesuatu jarak.

Pernafasan
Untuk bercakap dengan suara yang lebih tinggi, ia memerlukan lebih udara. Maka, anda perlu belajar bernafas dengan betul. Ada dua kaedah pernafasan iaitu pernafasan dada dan pernafasan abdomen.

Pernafasan abdomen lebih relaks daripada dada tapi pernafasan ini memerlukan tumpuan. Anda perlu berlatih dan memulakan amalan bernafas lebih dalam menggunakan cara pernafasan abdomen.

Untuk bernafas dengan betul, pastikan kedudukan badan anda tegak. Jika anda membongkok, pernafasan akan menjadi lebih sukar. Apabila anda bernafas dengan betul, ia akan memudahkan anda untuk meningkatkan kekuatan suara apabila bercakap sekali gus membuatkan suara anda lebih menarik.

Selain itu, ia juga memperbaiki ton dan resonan suara, menjadikan suara lebih memikat.

Lebih lanjut klik SINI!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 Terimas CELCOM bagi FREE CALL & SMS!!

kehkehkeh..
seronok la sangat kan tiba-tiba celcom bagi free call & sms untuk berhubung dengan 8Pax!
tapi untuk 24jam jek.
padahal dalam list 8Pax ada sorang je pon..
tu pon memang hari-hari sms!
ok,takpe.Mekaseh ye celcom!
boleh la aku calling-calling! hehe

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 25, 2011

7 Suamiku...nyanyikan lagu ini plisss..!

Nantikan....nantikan....nantikan...bila aku dah kahwin kan.....
aku nak suruh suami aku nyanyikan lagu ni la...
touching noks!
........................................................................

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan 
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

.....................................................................
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 24, 2011

15 Susah jadi perempuan cantik!

salam sejahtera semua pembaca...ehh ada ke yang sudi bace ntah....hehe.
sebenarnya semalam, aku online facebook..Oooo bukan semalam saje online padahal tiap-tiap hari online.(^_^)
then, biase la baca-baca status kawan-kawan..tetapi satu status ni telah memerangkap mata menusuk kejiwa raga ku untuk baca dua kali, sekaligus meng"copy paste"nye kat belog.hehe.



saja nak tulis ayat tersebut sekali lagi untuk memudahkan sesiapa yang malas nak klik untuk tumbesaran diatas...
"Jadi wanita cantik kadang-kadang sulit. Lelaki tidak selalu mencintai kita, tetapi sering cuma menginginkan kecantikan kita. Wanita yang tidak cantik biasanya lebih mudah, kerana kalau seseorang lelaki mencintainya, bererti lelaki itu betul-betul cinta padanya"
kalau ikot kepala hotak aku, aku setuju kata-kata tersebut...
tapi... apa pendapat korang?

ehh thanks tu Usop sebab keluarkan status yang begitu! Peace!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 Entri paling meletops!

antara semua entri yang penah aku publish kat blog ini..
nampaknya entri tentang BRA orang paling suka baca.
horeyyy!
.
.
ok bagus!
ekceli itu entri berguna utk kaum hawa.
tengok...tapi tak la banyak beribu berjuta.
sebab blog aku ni visitor tak la ramai sangat punnn...

tengok...boleh cakap selalu jugak la bila aku tengok kat nuff, ade keyword BRA.
.
yang tak pernah baca boleh klik SINI
ok itu saja.
babai!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 23, 2011

2 Kalau setakat tengok wayang sambil tutup mata, baik tak payah tengok!

Assalamualaikum. jawab la weh...
ni haa...aku hangin ni..ada ke patut bayar duit mahal-mahal (RM10 tu mahal la jugak ok!) pastu masuk panggung wayang tutup mata je.
apa punya penakot la. masuk kategori penakot 4 bintang dah ni.
.
.
.
.
.
.
.
al-kisahnye pergi tengok cerita ni ...
ada ke patut....
aku bukan marah kat orang lain, tapi kat diri sendiri ni. *dush*dush*dush* 
.
okeyh aku dah tengok cerita khurafat tersebut masa Thaipusam ari tu.
dan aku tak tengok pun semua hantu dalam cerita tu..hantu KakLimah ke..hantu pocong sgala semua tak tengok!
macam tiba-tiba "eh...dah habis ek..."
adik aku cakap ada hantu dalam kereta la....kat tingkap la..."ehh ade ke??"
adoiii aku tak tengok!
.
TAPI...tak rugi sangat la rasanyeee...sebab nanti kalau aku tengok hantu tersebut, agak berminggu-minggu aku asyik ingat muka hantu tu..sudahnya aku nak g toilet malam-malam pon semput...nak online sampai lewat malam nanti pun seram.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 [Gambar] | kek pelik-pelik..?

rasa-rasa nak tak korang makan kek cam kat bawah ni
.
.






.
ok yang last ni ada kot yang nak makan.

sedut images: google

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, January 22, 2011

2 Jom Gegar Blog!

.
ok tengok itu picture pon dah tahu ini adelah aktiviti blog Ben Ashaari.
.
tepukkan untuk beliau.
kalau nak tahu lebih mendalam dan yang paling dalam klik BEN ASHAARI
.
bereh!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 17, 2011

9 Jom main | 25 Random Things About Me

Jom main!!
entri khas untuk main TAG antara Blogger-ians.
aku di tagged oleh Roket Kertaz

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."
(paham bahasa omputih tak? hehe) 

Jom usha 25 Random Things About Me (ewahhhh!) :

ohh ini Baizura!
1.   cepat menggelabah
2.   suka memasak
3.   kurus sejak kecil
4.   suka makan beger Ramli.ok beger lain pun suka. & makanan yang sedap shj.
5.   perfectionist kot!!
6.   takut kucing, arnab, hamster DAN binatang yang berbulu seperti mereka.
7.   love fashion. but don't know how to be a fashionistaaaa...
8.   suka berjalan.[shopping, melancong, melencong ]
9.   suka pantai , takut laut.
10. masalah aku, urusan aku. aku tak pandai kongsi. nanges sorang diri.(somebody help me!!) 
11. pemarah.yes, absolutely.
12. suka berseorangan
13. cepat kesiankan orang
14. sangat berjimat-cermat
15. cepat merajuk dan terasa hati
16. terlalu banyak berfikir (benda tak perlu pun nak fikir! I hate it!)
17. kalau gelak susah nak keluar bunyi. badan je over getar-getar bila gelak. ngee~
18. Kidal or left-handed
19. menangis bila tengok cerita sedih. but still reti cover-cover.
20. tak suka hidup diatur oleh orang lain.
21. suka bergambar.gambar burok delete terus!
22. suka Muhamad Irwan. noktah.
23. suka Baby.yea...sukaaa!
24. nak jadi usahawan.USAHAWANISTA ok! hehe
25. mahukan yang terbaik dalam hidup.Semoga diizinkan Allah..Amin.


now orang yang di-Tag :
http://roketkertaz.blogspot.com/ ::: http://zaerrzone.blogspot.com/ ::: http://jannahsuhaimi.blogspot.com/ ::: http://akuanakberjasa.blogspot.com/ ::: http://venapulmonari.blogspot.com/ ::: http://eiksyad.blogspot.com/ :::
http://hannamontelna.blogspot.com/ ::: http://wanati.blogspot.com/ ::: http://cherrybalsam.blogspot.com/ ::: http://ceritagadispink.blogspot.com/ ::: http://goreng-gorengada.blogspot.com/ ::: http://sepitbiru2u.blogspot.com/ ::: http://akulahgereknya.blogspot.com/ ::: http://hatikumilikku.blogspot.com/ ::: http://utralaman7.blogspot.com/ ::: http://amyza85.blogspot.com/ ::: http://iffah-mylifenow.blogspot.com/ ::: http://sukedukeblog.blogspot.com/ ::: http://fatihahanapi.blogspot.com/ ::: http://shazzieylin.blogspot.com/ ::: http://akaruigurlz02.blogspot.com/ ::: http://wonderlifestyle.blogspot.com/ ::: http://mizznina91.blogspot.com/ ::: http://aimifiqa.blogspot.com/

sekian.

p/s: ramai sangat nakdi Tag.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 16, 2011

2 TRAILER - KHURAFAT - (FILEM)

jom tengok wayang!
kali ni cerita dari Malaysia lagi.
filem KHURAFAT arahan Shamsul Yusof
kongsi sikit sinopsis cerita ni :

“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang berkerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.

Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.

Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.

Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?

ehh aku tak tengok lagi cerita ni...tapi sinopsis ni diamik dari blog En. Kacak ini.
rasanya minggu depan kot pergi tengok.tak de orang nak teman la~
plisss temankan..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 13, 2011

0 asal usul cikShomel. muncul tiba-tiba.

.
tengok tu..tak pasal-pasal tulis nama cikShomel disitu.
ntah comel tang mana aku pon tak tawu.
ngeee~
.
ekceli memang tak tawu dimana datang nama itu.ok.
seperti yang tertera pada header.nama aku Nur Baizura.
memember panggil BAI.
ingat nak letak nama cikBai.
tapi bunyi macam "CIBAI" je..
ohhh NO..NO..NO...
sedang memikirkan nama pena lain untuk penulis blog ini.
hehe.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 11, 2011

5 Contest | Blog paling Cantik, Comel dan Kemas!!

banner contest adalah seperti diatas!
segala terma dan syarat sila klik terus pada Farzana Farzanto [tuan contest]
.
hehe..
.
.
tujuan join : konon-konon badget BLOG INI kemas.
muahaha..
.
tag mereka:
.
hiyahhh

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

7 Ehhh...Lagu Malaysia bila lagi ni !!??

jom dengar lagu CARI JODOH & BAIK-BAIK SAYANG saduran.
macam hebat je Wali Band. 2 bijik lagu skali tu..
.
.
.
.
.
.
syiok tak?
.
agaknya bila lagu Malaysia nak tarik perhatian luar..tak sedap sangat ke..
sedangkan lagu yang menang AJL pun orang pertikaikan kemenangannya (aku pun protes! muahaha),
macam mana lagu kita nak terjah dunia luar..
pheww~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 10, 2011

3 Belog Baizura & Saiz Bra Ana Rafali

tengok tu
.
.
::: nak tumbesaran sihat? klik itu gambar.:::
.
ada orang search saiz bra Ana Rafali.
apa daa....kuikuikui
.
tak de keje la aku nak kira saiz bra dia. ~pheww~~~
protes sikit-sikit pasal Kenapa Ana Rafali menang ada la...
.
.
saiz bara tu tersangkut sebab entri INI kot?



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 kenapa ANA RAFALI?

geram plak malam-malam..
why ANA RAFALI??!!
.
.
aku tunggu Shahir si kacak itu menang...............
.
.
atau abang dagu lekuk..............
.
.
gadis ini pun okeyh juge.................
.
.
tapi kenapa.......
dia!!!?
hey anyway Crograts la to U {ana rafali}

pfft~ 

*p/s = ramai protes kat FB tak suka keputusan tu. aku protes kat Blog.keh3...
           kepada peminat Ana Rafali..maaf ye awaks semua.aku minat la jugak slang-slang Ana tu..
           tapi rasa macam WHY dia menang.
           M.Nasir, sila beri komen.hihi

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 09, 2011

4 Attention!! | Facebook Will End March 15th!



PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

Alasannya: 
(1)“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, (2)“and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”(kelam-kabut kot orang sedut balik gambar-gambar mereka)

Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.
“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”(aii suka part ini!)
Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.
What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?” (ni gejala tak sihat ni! 10 jam tengok FB.juling la weyh!)

However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.
“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit.Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.” (hehehe)
Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.

But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.
“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.” (kembalikan hidup ku!! suhhhh FB jauh-jauh!)

The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.

Nak baca klik SINI!!


**p/s: aku harap siapa-siapa yang jual baju Online kat Facebook boleh buat BLOG..sebab aku suka tengok baju-baju itu!


 ##opss ni ada lagi satu khabar FACEBOOK TAK JADI SHUT DOWN! Semua cerita diatas tu KARUT!## [thanks to pemberi maklumat]

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

7 Remaja bertudung tak layak sertai Dewi Remaja?


kontroversi je tajuk cam gitu..
itu bukan fakta tapi pertanyaan ye (tengok belakang tajuk itu,ada tanda ? ) muhahaha
tapi kenapa ye finalis dewi remaja tak ada sorang pun yang pakai tudung?
tak cantik ke bertudung?
macam ramai gilos yang meletops cun melecun walaupun  bertudung.
tambah-tambah tudung sekarang macam-macam style..belit sini sana, ada riben comel lagi.
adakah......
~ gadis bertudung tak suka join benda-benda sebegini.[ye ke?]
~ ehh atau pun tak sesuai la gadis bertudung make-up lepas tu tunjuk-tunjuk keCUNan mereka di atas stage.
[ye kot?]

korang jawab sendiri la.hehe
tak pun kongsi-kongsi jawapan dengan semuanya disini. ayuh!


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, January 07, 2011

7 Perlu ke meMOTIVASI diri sendiri?

ohhh ye..cakap pasal tajuk kat atas...PERLU KE meMOTIVASI DIRI SENDIRI?
ye ye ye memang perlu....
kalau kita ni asyik mengeluh je pon apa la gunanya...
lagi satu..kalau asyik nak story masalah yang sama kat orang..taik telinga orang tu pon boleh cair.
jadi jalan terbaik adalah simpan masalah tu selepas kita puas story mory pada "seseorang"..(ye ke?)
.
.
kita sebagai manusia selalu memandang masalah yang datang seperti kanak-kanak yang memandang disebalik sulaman...BERSERABUT DAN BURUK.
Tapi cuba kita renungkan bahagian depan sulaman..ianya indah.
.
macam tu la jugak bila kita ditimpa masalah...jangan la salahkan masalah itu atau lebih buruk salahkan Allah.
sebab kita memang 0% tak tahu apa yang Allah rencanakan untuk kita.
.
Apa kata kita berdoa je.
"Ya Allah, kau berikanlah pahala disebalik musibah ini.Berilah yang terbaik untuk aku"
.

motivasikan diri dengan banyak mengingat Tuhan...sebab masalah tu diturunkan supaya kita lebih mendekatkan diri pada-Nya. Ehh tak kan la Allah nak menganiaya hamba-Nya..No..No..No.tidak sama sekali!
.
ohh entri ni berkaitan semangat, sempena hari Jumaat!

[ohh mesti  ada yang cakap "lu cakap senang la..gua yang menanggung.." ohh maaf ya...entri ini untuk memotivasi diri saya juge]
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 Nyam! Nyam! Kek lagi!!

kek pertama tahun 2011 [hahaha poyos]
ehhh tapi betul la...ini kek pertama yang aku buat pada tahun 2011.
semangat ni nak buat kek..bangun pagi. (tak la pagi sangat kan....dalam pukul...tuttt)
mula-mula timbang segala bahan.cewahhh guna alat digital.
ikot resipi sebijik-sebijik.dalam resipi kata pakai 170gm gula aku pon timbang tepat punya! haha 
nak buat kek ni amik masa agak-agak pukul 10 pagi sampai 2 petang....agak lama ye disitu...
ngeh ngeh ngeh...
.
mana taknya....masa sibuk timbang-timbang...stop kejap..pegi sidai kain..
lepas tu continue balik...tiba-tiba mak nak start enjin kereta plak tak boleh..
aku dengan gaya MAT GIVER pegi try start..dah try tak boleh jugak...aku pon bukak la tempat enjin depan tu..
cewahhh badget gilos...lepas bukak tengok semua macam ok je...aku tutup la balik..{err padahal aku tak tahu nak tengok apa!}
lepas jadi MAT GIVER..tengok-tengok dah pukul 11.30pagi..haishh time masak ni..
...THEN lepas tu baaru start buat kek secara serius.keh keh keh.
.
opss nak tunjuk gambar kek!


woih tak bagi tahu anda...ni kek nama dia Chocolate Cheese Cake.
korang tengok atas dia...wahh choc moist gituu...
yang putih belingkar kat tengah tu cream cheese..wahhh gituu..


nak resipi? =)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 06, 2011

4 Contest Jelingan Manja

yippii contest lagi!
Contest pertama yang aku join 2011.
semangat baru.cewahhh [tak de kena mengena]


tengok atas tu...Contest Jelingan Manja! siap gerak-gerak lagi tulisannyee..hehe
kalau nak tahu macam mana nak join ini contest sila klik SINI!!
.
1. Buat entri pasal contest nie. (beres!)
2. Follow blog nie.Kalo tak, nak update macam mane kan?Kalo rajin follow blog nie sekali PrettyLensStore
*sebab PrettyLensStore nie main sponsor* (beres!)
3. Copy banner kat bawah tue sekali dengan backlink.(beres!)
4. Gambar contest anda. ikut tajuk tema ok? Tak kan la tajuk jelingan manja korang letak gambo tgh mkn  kan? Ikut tema k sayam-sayam.eheee(beres!)
5.Gambar sendiri,i mean owner blog yg bertanding.(beres!)
6.Sila tag kawan2 anda tak kisah la berape orang pun. Atleast seorang.(beres!)
7.Komen entri nie sekali dengan link korang..(beres!)
.
.
gambar ni je yang juling-juling...ehh jeling-jeling..

gambar sama dengan header.bole la ek...

ohh dear..I tag : cheery
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, January 05, 2011

4 Fenomena azan yang menakjubkan!

Fenomena azan yang sangat Wahhhh! gitu...


Hebat ciptaan Maha Esa. Allahu Akbar!
Tak mau cakap banyak.
nak share video dibawah
...


Azan tak pernah berhenti berkumandang di bumi Allah.



image:google
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 04, 2011

11 Tutorial | Fancy Pages Button

ni first Tutorial yang aku nak share kat sini
cara-cara nak buat Fancy Pages Button.
macam kat gambar bawah tu...hehehe

1. korang buat la sendiri pattern ape korang nak. guna photoshop ke..photoscape...macromedia fireworks ke..pendek dan panjang kata, ikot suka korang la...

2. lepas dah edit meletops punye...korang upload la dalam photobucket..opss make sure korang save setiap button tu dalam lain-lain file...macam ni..upload sebijik-sebijik.
contoh : save dalam photobucket

3.balik pada Design (blog korang) pergi ke Add Gadget > HTML Java Script..lepas tu...korang copy kod HTML yang photobucket sediakan tu...contoh macam ni...

4. Lepas copy kena la paste kan...copy setiap HTML code yang photobucket bagi, then paste rapat-rapat.
sambungkan semua kod html untuk setiap button...macam ni....
lepas tu tekan Rich Text
lepas tekan rich text...nampak tak...dia jadi cam ni...

5.next korang select kat setiap button macam ni...dan masukkan address untuk setiap page yang akan di LINK kan...tekan kat gambar Globe.
 Contoh kalau HOME [ korang letakkan kan link http://byezue.blogspot.com ] link blog korang la.hehe

6. Tekan save.Okeyh!! siap!!


*klik gamabar untuk tumbesaran melampau*

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...