our baby

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, January 27, 2011

4 Tarikan Suara Seksi Sang Lelaki!

Tidak dinafikan, selain paras rupa, suara menjadi antara faktor dinilai pada pertemuan pertama. Seperti ekspresi yang ditunjukkan melalui wajah, suara juga menjadi isyarat penting yang menggambarkan keperibadian dan emosi seseorang.

Jejaka yang berwajah tampan, memiliki susuk tubuh maskulin serta berketerampilan juga boleh menghadapi kesukaran mendampingi wanita andai suara tidak sepadan dengan pakej lain yang ‘ditawarkan’. Tidak hairanlah, bintang bola sepak antarabangsa, David Beckham dikatakan pernah dikritik gara-gara suaranya yang kecil dan kelakar, tidak seiring dengan ‘pakej’ fizikal menarik yang dimiliki jaguh sukan ini.

Perbezaan utama antara suara lelaki dan wanita ialah nada iaitu lelaki bercakap dalam oktaf (octave) yang lebih rendah daripada wanita. Lelaki dan wanita yang memiliki suara menarik selalunya lebih mudah dan lebih awal mendapat pasangan. Secara tidak langsung, ia membuktikan suara memainkan peranan dalam menarik perhatian jantina berlawanan.

Dalam dunia jejaka pula, individu yang mempunyai suara dalam lebih mudah memikat wanita. Dari segi fizikal, lelaki yang mempunyai bidang bahu yang luas dan pinggul yang kecil cenderung memiliki suara menarik.

Hanya dengan mendengar suara, bukan saja anggaran ketinggian dan berat saja boleh diteka, malah status sosio ekonomi, personaliti serta keadaan mental dan emosional seseorang dapat dikenal pasti.

Merujuk kepada hasil soal selidik yang pernah dikendalikan di sebuah laman web, suara seseorang boleh dianggap sebagai kunci tarikan yang menambat hati seseorang.

Bercakaplah secara perlahan, secara yakin dengan suara yang lebih dalam kerana sebahagian besar wanita menganggap suara seperti ini sebagai menarik dan seksi. 

Biarpun tidak dapat mengubah suara asli, pastikan anda sentiasa bercakap dalam nada yang yakin dan ceria apabila berbicara dengan seseorang yang anda suka. Suara yang kedengaran dominan, berkeyakinan dan menarik itulah yang dapat membuatkan anda menjadi lebih seksi!
Tip menjadikan suara anda lebih menarik
Anda mungkin sedar, sesetengah individu bercakap dalam nada yang rendah hingga sukar mendengarnya dengan jelas. Ini disebabkan perasaan malu dan kurang keyakinan.

Individu ini tidak mahu kehadiran mereka disedari, sebaliknya lebih senang berselindung daripada pandangan ramai.

Jika anda ingin menarik perhatian wanita, penting bagi anda untuk bercakap dalam nada yang cukup untuk membuat mereka sedar kehadiran anda. Seseorang lelaki yang bercakap dengan nada yang sedikit tinggi dan secara terhormat, mampu menampilkan diri mereka sebagai seorang yang berkeyakinan.

Anda lebih mudah diberi tumpuan dan didengari oleh wanita jika anda bercakap kuat sedikit daripada orang lain. Hinggakan pada suatu tahap, apa yang anda perkatakan tidak begitu penting berbanding kekuatan suara anda apabila bercakap.

Oleh itu, anda perlu berlatih mulai sekarang. Jadikan bercakap dengan lebih kuat sedikit daripada biasa. Selain itu, berlatih untuk melontarkan suara dengan baik melalui bercakap dengan orang yang berada beberapa meter daripada anda.

Pada mulanya, anda mungkin tidak dapat mengagak sekuat mana suara yang perlu dilontarkan tapi lama-kelamaan, anda akan berupaya menentukan sekuat mana suara yang perlu dilontarkan mengikut sesuatu jarak.

Pernafasan
Untuk bercakap dengan suara yang lebih tinggi, ia memerlukan lebih udara. Maka, anda perlu belajar bernafas dengan betul. Ada dua kaedah pernafasan iaitu pernafasan dada dan pernafasan abdomen.

Pernafasan abdomen lebih relaks daripada dada tapi pernafasan ini memerlukan tumpuan. Anda perlu berlatih dan memulakan amalan bernafas lebih dalam menggunakan cara pernafasan abdomen.

Untuk bernafas dengan betul, pastikan kedudukan badan anda tegak. Jika anda membongkok, pernafasan akan menjadi lebih sukar. Apabila anda bernafas dengan betul, ia akan memudahkan anda untuk meningkatkan kekuatan suara apabila bercakap sekali gus membuatkan suara anda lebih menarik.

Selain itu, ia juga memperbaiki ton dan resonan suara, menjadikan suara lebih memikat.

Lebih lanjut klik SINI!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 comments:

ezadiaries said...

teknik menambah trafikk yang baik!! tahniah hhaaahaa

nur baizura said...

@ezadiaries hek eleh ko ni...gelak plak...
anyway sbb ko ckp tahniah,so aku ckp thanks je la ek.hahahaha :l:

yahaya said...

suara romantik cam mana tu...

nur baizura said...

@yahaya suara romantik tu, suara yg bila bercakap x dengar ape dia ckp.slow..haha :g:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...