our baby

Lilypie First Birthday tickers

Friday, February 18, 2011

1 [ Edisi WANITA] Tolong!! PMS!!!

Premenstrual Syndrome atau lebih dikenali ramai wanita sebagai PMS.
Hey, apa itu PMS? PMS merupakan masalah biasa yang melanda wanita sihat yang didatangi haid.
Jadi awek-awek diluar sana..macam mana nak tahu sama ada benda yang korang sakit-sakit tu PMS atau tidak? Jom check!!

Kira-kira 5 hari sebelum korang period :
~ Korang mungkin mudah naik angin berbanding biasa dan perkara kecik pun boleh buat korang menangis ( bukan saja  meng'gediks' okeyh)
~ Korang lebih suka menyendiri dan mungkin ponteng kerja atau tidak mahu lepak bersama kawan-kawan.
~ Korang rasa gemuk, hodoh dan buncit.. (emo tak tentu pasal la tu..)
~ Payudara korang rasa sakit dan bengkak.
~ Korang akan rasa kurang bertenaga
~ Corak tidur korang pun mukin berubah
~ Selera makan makin menjadi-jadi, suka makan benda manis (tak pasal-pasal berat bertambah..Ohh no!)
~ Korang agak clumsy dan resah gelisah.

Apa yang menyebabkan PMS?
~ Ketidakseimbangan hormon. Estrogen membuatkan tubuh korang menyerap lebih cecair, jadi korang rasa kembung dan lebih berat sebelum period.
~ Ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak. Tahap rendah bahan kimia yang dipanggil serotonin boleh menyebabkan wanita PMS itu moody dan cepat naik angin!
~ Kekurangan vitamin. Vitamin A dan B yang terdapat dalam sayuran hijau, kuning, dan berdaun membantu mengekalkan keseimbangan bahan kimia dalam otak.
~ Stress. Tidak cukup tidur dan gangguan emosi boleh menjadi punca PMS.

Ok. Korang dah check ke semua tu? Ehhh korang jangan salah anggap PMS dengan Dismenorea!
Beza tau...nanti next entri aku cerita sikit pasal Dismenorea.
Hahaha aku dah macam doktor sakit puan plak! Ekceli aku membaca, dan nak share dengan korang lah pasal hal-hal kewanitaan ni.. Aku bukan doktor ok! Dan tak pandai nak jawab masalah sakit puan. 

Harap Maklum!

Dibaca/sumber: Tentang Gadis (kotex)
Picture: google
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

ketikketok said...

Jika anda telah disahkan oleh klinik mempunyai fibroid, cyst dan dinasihatkan membuat pembedahan..makanlah SALAMON selama 1-2 minggu. Selepas itu buatlah pemeriksaan semula di klinik.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...