our baby

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, November 29, 2012

0 Vitamin B Complex & Vitamin C

Ni kisah Vitamin-vitamin yang aku makan..hehe..

Okei..cerita pasal vitamin B complex with Vitamin C 500mg dulu ek..
Vitamin B complex tu aku beli sebagai supplement untuk menambah selera makan..
Al maklum la..selera tu ada, tapi kurang sikit..dah la kurang, sikit pulak tu..hehe
Lepas makan Vitamin B Complex ni memang berkesan la..selera makan memang UP!.
Makan breakfast pagi-pagi around pukul 8.30. Pukul 11 pagi perut memang berkeroncong tahap yang nak muntah. Hambek ko!
Vitamin B complex, nibau dia kuat sikit. Kalau makan vitamin ni, nanti air kencing akan jadi sangat kuning!
I tell U...jangan terkejut.

Gambar kat bawah ni gamabr Vitamin B COmplex with Vitamin C 500mg.


Okeih,  go to next Vitamin!
Vitamin C 1000mg with Vitamin D and Calcium.
Kajian mengatakan Vitamin C ni sama je keberkesanannya dengan amik suntikan.
Kalau nak amik suntikan macam mahal kan..lagi pun scary je nak suntik-suntik..
So, as an alternative, beli je lah Vitamin C..ape susah kan..
Sekarang ni aku minum vitamin C..Minum okeih..bukan makan!
Vitamin ni sedap. Amik sebijik, rendam dalam air..nanti bila semua dah larut, minum je.
Rasa dia sama dengan air Oren yang bergas! Menarik tak u ols?

Gambar kat bawah ni gamabr Vitamin C 1000mg with Vitamin D and Calcium. 


Ok, disamping fungsi vitamin C tu, vitamin ni jugak ade tambahan vitamin D dan Calsium.
So selain menjaga kesihatan kulit, boleh lah menjaga tulang dan gigi sebab ada calsium :)

Ohhh aku juga ade amik supplement EPO (Evening Primerose Oil). Tp aku just makan kalau period delay or period tak teratur..Makan sebijik dua, terus period jadi normal. Magic!

Hehe..

Please share your supplement with me! 




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, November 28, 2012

2 Cantikkan Ketiak!

Hari tu aku beli Epilator. So..aku sangat berpuas hati dengan benda tu! Hoyeahhh!
Ape benda la Epilator tu kan..? Okeih..actually, Epilator tu adalah alat untuk mencabut bulu roma.
Cabut okeih..bukan cukur!
Cuba tengok gambar kat bawah ni...
Ni la Epilator tu...beli kat groupon je!
So far, lepas pakai benda ni, memang puas hati.
Sebab fungsi dia mencabut bulu. Tapi tak boleh cabut kening okeih!
Kalau bulu ketiak, kita cukur, nanti ketiak jadi hitam..So kalau nak ketiak putih, the best way ialah cabut je bulu tu. Kalau nak cabut satu-satu lenguh la pulak kan?
Jadi..gunalah epilator..Sonang cito. Tak payah tonyoh pakai limau nipis ke...kapur ke..segala bagai.
Buat sakit je~ phewww...

Lepas tu boleh jugak guna untuk upper lip, dan bulu-bulu roma kat muka.
Kaki dan bikini area pun boleh guna.

Selamat membeli dan mencuba!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...