our baby

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, December 07, 2013

0 Scan ultrasound 4D Week 16 - Gender Reveal!

Assalamualaikum!

9-November-2013.(SABTU)
Pagi-pagi lagi aku dah bangun untuk bersiap-siap pergi Hospital Pantai Puteri, Ipoh.
Hari ni aku ada check up (monthly) dengan my gynae, Dr. Anjalai.
Klinik Dr. Anjalai buka 8pagi-1ptg je hari Sabtu. So untuk jadi manusia terawal terpacak depan klinik, pukul 7 aku dah bertolak dari rumah. Maklumlah rumah jauh. :)
Ohhh 9-November, aku ngam-ngam masuk 16 minggu (4 bulan). Kalau ikot pembacaan, jantina bayi dah dapat dikenal pasti kalau usia tu dah masuk 16 minggu.
So, dalam fikiran masa tu nak tahu sangat la baby dalam tummy ni gegurl ke boboi. Actually tak kisah pun dapat baby gurl ke boy, anak sulung ni..mana-mana pun okey. Rezeki Allah bagi. Yang penting baby kena sihat dan sempurna, In sya Allah.

Kalau ikutkan instinct, rasanya aku kandungkan anak Lelaki. Tapi kalau tengok tanda-tanda pregnant macam yang aku baca dalam blog-blog sahabat blogger lain, macam pregnantkan anak perempuan.
1) Morning sickness yang teruk -> Orang cakap anak perempuan
2) Baby suka duduk belah kiri -> Orang cakap anak perempuan

Bila suruh orang teka, siapa pun tak dapat teka..sebabnya diorang cakap nak tengok bentuk perut, perut aku still tak nampak macam orang pregnant. Seriously..4 bulan tapi perut tak nampak pun.
Dah la mulut orang macam puaka, sibuk je mereka nak jadi "doktor"..cakap perut aku kecik, mesti baby pun kecik je bila lahir nanti.
Hellow malas nak layan u'ols.

Ok, cakap pasal temujanji dengan Dr.Anjalai, aku sampai hospital pukul 8, dalam pukul 10.30 kot baru masuk jumpa doktor..Bila check up dengan private hospital, tak banyak sangat songeh, tanya sikit-sikit pasal history bleeding masa trimester pertama dulu..Ada repeat lagi ke tak..itu je..Lepas tu scan baby!

Ohh ni first time suami nak tengok baby dalam 4D dan 3D. Tak tahu la dia eksited ke tak. Aku tengok muka selamber je. Pfft~

Awal-awal lagi aku dah buat-buat tanya doktor, sekarang ni boleh tengok gender dia dah ke..(padahal dah tahu, boleh je..) Doktor cakap kita tengok dulu lain-lain..ukur badan, kepala dulu, after that baru kita check gender. :)
Haa time ni aku tanya la doktor, kenapalah perut aku ni kecik sangat,doktor tu sangat sempoi, dia cakap "don't worry your baby is healthy and her/his size is according to the actual size that her/his suppose to be".

Ahh tengok..doktor cakap normal..perut aku je yang sebelum ni memang tak berlemak langsung, that's why baby have a lot of space inside, so no obvious baby bump yet. Haha

Okey, settle scan tu, kita intai pulak baby punya gender.
My baby is so cool..dia tahu mama dia nak tengok dia kangkang luas-luas. Haha..cute!
Sekali tengok dah tahu gender dia. Obviously BOY!

Yeah my instinct is correct!
Doktor tak print pun gambar bird dia tu, doktor just bagi aku 2 keping 4D scan picture. Nampak muka dia.
Dear baby, mama so excited to see your face. I can't wait to see you grow up bigger.
My next appointment dengan Dr. Anjalai is on 28 Dec 2013. Doktor cakap bagi dia besar sikit so kita boleh tengok lagi banyak baby porgress. :)

Here...gambar baby...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, November 26, 2013

0 Scan Ultrasound minggu ke 11.

Assalamualaikum readers :)

Dalam entry sebelum ni ada cerita sikit pasal morning sickness dan bleeding masa trimester pertama.
Masa minggu ke 11, pertama kali doctor berbesar hati nak scan baby guna teknologi 4D...ngeee~
Masa tu agaknaya dia nampak muka aku cemas..ye lah weiii, aku kat office, tiba-tiba "period a.k.a bleeding"..
Suami tak de, kawan je bawa pergi hospital..Sedih noks.

Waktu bleeding tu, aku memang sumpah yang perasaan aku takut yang teramat.
AKu bimbang anak dalam kandungan ni tak bertahan..dalam masa yang masa aku tak nak kehilangan dia walaupun susah gila mengandungkan dia..

Okey..tak payah emo sangat..tu kenangan berberapa minggu lepas..jom bersedia untuk minggu yang mendatang!
Nak cerita pasal scan ni..eksited!
Last doctor scan baby aku masa tu usia dia 7 minggu. Boleh review entry sebelum ni..ada gambar 7 weeks ultrasound.
Masa 7 minggu tu, apa yang nampak adalah tak nampak apa-apa bentuk. Hahaha. *Rasa nak lempang je kan ayat aku tu*
7 minggu boleh nampak jantung dia berdenyut..tubuh badan tak terbentuk lagi dalam scan.
Bila doctor scan masa usia 11 minggu, memang terkejut tengok dia dah ada semua tangan, kaki..kepala..perut..Even memang dah baca 11 minggu dah ada semua bentuk, tapi bila tengok yang dalam
perut sendiri dah ada rupa manusia rasa sangatlah teruja. Nak over terkejut lagi.
Masa doctor scan 4D tu, baby duk menari-nari..alahai..senyum sampai telinga dibuatnya.
Sangat kecil tapi you are too cute~
Besarnya kuasa Allah..dalam saiz 3-5cm tu dia dah boleh menari-nari.

Kawan aku yang teman masa scan tu pun senyum lebar tengok baby aktif..
Ibunya je yang kena lebih kuat! Chaiyokkk!
Doctor pun cakap tak ada apa-apa, hanya perlu berehat..jangan banyak bergerak sebab masa scan tu doctor tak nampak apa-apa masalah dengan kandungan tu..
Doctor cakap, as long as aku punya sickness teruk tu maknanya baby aku sangat kuat kat dalam.
Masa scan tu pintu rahim pun tertutup elok, punca bleeding tu mungkin disebabkan uri ke bawah.
11 minggu tak dapat nampak lagi kedudukan uri. Lepas 12 minggu baru doctor boleh tengok..
Jadi assumption dia time aku bleeding tu adalah "uri ke bawah". Tapi...dia cakap jangan risau, sebab baru 11 minggu.
Uri akan naik dengan sendirinya bila kandungan mula membesar..Insyaallah.
Tapi harus diingatkan juga, yang ada kes yang uri tak naik sampai bersalin.
Untuk kes aku ni, aku cuma harap dan berdoa semua akan baik-baik sahaja...

*********************************************************************************
Ni gambar masa scan tu, tapi doctor tak bagi gambar 4D.. :(
3D pun dah cukup la buat masa ni..asal tengok je senyum sorang-sorang.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, November 11, 2013

7 Pengalaman Morning Sickness sepanjang minggu ke 6 hingga ke 15!

Hi readers semua... :)
Pejam celik, pejam celik dah masuk trimester kedua pun kehamilan aku ni.
Pengalaman sepanjang melalui trimester pertama memang sangat berharga.
Tak tahu berapa galen air mata yang dicurahkan sepanjang trimester pertama tu..
Kisah loya dan muntah bagi aku memang nak memuntahkan kalau tulis..tapi just nak share, tulis juga la.
Semua bermula dari minggu ke 6 hingga ke 15.
Itu adalah sebahagian dari pengalaman aku yang sangat berharga untuk aku kenang bagi kehamilan pertama ni.
Mula-mula aku tahu aku mengandung, aku rasa dua minggu lepas konsepsi, iaitu tarikh sepatutnya aku period.
Kira kalau dari LMP usia kehamilan tu dalam 4 minggu (ikot kaedah perubatan a.k.a doctor kira). Tapi ikot logic baru 2 minggu.
Jadi kita amik kiraan perubatan la ye sebab sepanjang kehamilan ni memang kira ikot perubatan.

*******************
Mula-mula tahu pregnant, baru 4 minggu..rasa happy gila :)
Masa tu berat badan 43kg.
No morning sickness..cuma sakit breast yang menjadi-jadi. Biasa nak period pun sakit cenggini jugak.
Selera makan naik sikit, lapo je..
Tapi ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari..masuk minggu ke 6 aku dilanda morning sickness yang maha teruk.
Mula-mula benda yang menyerang aku ialah angin.
Banyak sangat angin dalam badan terutama waktu petang. Tekan je kat belakang leher ni, berkepul-kepul angin (kalau la boleh nampak angin tu..). Bila dah keluar angin, of course la angin tu tolak muntah sekali...
Lamabt makan, lagi la angin bertambah, cukup makan pun angin jugak.
Sampai sakit la dada ni menahan angin yang keluar..Ya Allah Ya Rabbi, siksa tu bukan sikit-sikit.
Lama jugak la penyakit angin ni melanda..dari minggu ke 6 sampai minggu ke 13 macam tu..
Bayangkan tengah drive angin satu badan..dengan sebelah tangan pegang stering, sebelah tangan pegang plastik standby..
terhuyung hayang drive..kena hon sini sana bila muntah tu dah sampai kat esofogus. Dalam hati berdoa semoga Allah selamatkan kami berdua..beri kekuatan untuk drive sampai kerumah...
Untuk maklumat bersama, aku tinggal kat Kuala Kangsar tapi kerja dekat Ipoh..hari-hari travel ikot highway + jalan persekutuan untuk pergi kerja..Amik masa dalam 40 minit..
kalau dah morning sickness menyerang waktu "morning" yakni pagi-pagi lagi aku dah muntah, maka jangan haraplah aku nak sihat hari tu...sampai ke malam la muntah. Maximum 15kali sehari sampai lembik.
Minum air kosong pun muntah, sampai perut kosong betul-betul kosong..
Ikot bahan bacaan, minum 100 plus boleh mengembalikan bendalir yang hilang dalam badan..jadi masa tu aku minum 100 plus sikit.
Tapi pun muntah jugak. Begitulah hari-hari berlalu..muntah..muntah dan muntah..
Makanan yang boleh ditelan masa tu hanyalah roti dan roti canai.
Kemuncak morning sickness aku menyerang adalah pada  minggu ke 13 kehamilan. Sehari sebelum raya haji, aku dah tak sihat.
Muntah-muntah tapi boleh dikawal lagi.
Pagi Aidiladha tu, aku bangun pagi jugak walaupun badan rasa melayang. Niat nak tunai solat Sunat AIdilahda, mungkin tahun depan tak berkesempatan nak solat Aidiladha dah sebab ada sikecil. Siapa pulak nak jaga kan..(fikir jauh kedepan..)
Jadi aku pun pergi ke Masjid dengan hubby untuk solat..Mula-mula semua berjalan lancar..
Tapi sebelum solat nak mula, aku dah muntah kat masjid...
Hmm kuat kan hati lepas muntah masuk balik dalam saff..duk saff depan sekali pulak tu...lepas takbir ke 2 dalam rokaat pertama aku dah mula berpeluh-peluh...yeaa..nak pitam.
Aku pun keluar saff terus terjelepuk kat belakang masjid. Peluh mencurah-curah..subahanallah..
Lepas aku berehat sampailah semua jemaah selesai Solat, aku bangun balik rumah..hubby tak tahu pun aku tak solat...
Balik rumah tu, aku menangis je la...tahan sakit muntah..sakit kepala..
Bayangkan hari raya, mak masak macam-macam, yang aku pulak duk dalam bilik menangis sebab nak makan tapi tak boleh..
Rasa nikmat dunia ni hilang...emosi memang terganggu. Morning sickness ni ditambah dengan spotting and bleeding yang tak  menentu...Allah je tahu perasaan masa tu.. Tapi kali ni aku duk baring dalam bilik. Rasa macam loser!
Bila dah tengah hari, hubby risau asyik tengok air mata aku duk meleleh je..dia bawa aku pergi klinik..
Masuk klinik, aku just bagi tahu doctor aku dah tak larat muntah..I need help...
then dia suruh aku pegi check air kencing, lepas check tu dia terus buat surat untuk refer aku ke hospital.
Doctor cakap bagi ubat pun dah tak guna sebab aku dah teruk sangat dehydrated..
So lepas dapat surat doktor, aku pun balik rumah solat zohor dulu..then hubby dengan mak bawa pegi Hospital Kuala Kangsar.
This is my hand!
Kena la tahan wad 2 hari untuk masuk air dalam badan ni..3 botol semuanya. Masa masuk air dalam botol tu memang la tak muntah langsung..lepas tu doctor bagi keluar le sebab dah sihat..ketika ni berat aku turun 2kg, jadi tinggallah 41kg.
Balik rumah, rutin yang sama bermula..muntah-muntah dan muntah..mungkin sebab environment kat rumah tak macam hospital.
Mak masak macam-macam, dan bau tu boleh terbang masuk bilik walaupun bilik kat tingkat atas.
Masuk minggu ke 14, aku apply cuti tanpa gaji..elok la pulak time tu banyak public holiday, so cuti aku jadi drag sampai 2 minggu.
Alhamdullilah, boleh la aku berehat kat rumah..
Masuk je kerja, aku dah 16 minggu. Semua sickness dah hilang. Selera makan mencanak-canak naik. Dalam 5 hari berat naik 2.5kg.
Hambik ko...

Alhamdullilah....Allah kembalikan selera makan,kembalikan kecerian aku. Paling penting kembalikan semangat aku untuk terus mengendong amanah Allah ni.

Perkara yang aku tak boleh tahan masa pregnant ni :-
1) Bau badan semua manusia (termasuk suami dan diri sendiri..)
2) Bau tumis menumis
3) Bau busuk.

Hahaha..semua berkaitan bau je...pendek kata nak bau natural. Mengada-ngada!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, November 02, 2013

1 Maternity Pillow or Backpain Support untuk ibu mengandung!

Hi readers :)
Alhamdullilah esok genap 4 bulan diriku ini mengandung. Hehe...4 bulan dah wey~
Walaupun baru 4 bulan mengandung dan perut ku ni memang macam tak mengandung pun..tapi aku mengalami symptom orang mengandung...
Pinggang ni haaa...sakit gila bila baring...
Nak kata perut besar, tak pun...berat naik pun tak...
...
Berat aku sebelum pregnant dulu 42~43kg. Fixed since sekolah sampai masuk U..sampai kawin..
Ni bila dah mengandung berat aku jadi 41kg...boleh???
Turun pulak dia~
Mana taknya, muntah hebat, juara muntah sedunia sampai lembik badan..
Berat badan aku sekarang dengan ketinggian menang tak ideal langsung...Tinggi aku 161cm..
Adoiii kalau tengok kan aku ni..memang sekeping je la..tolong jangan tolak aku, nanti aku terjatuh. :)
...
Berbalik pada tajuk cerita entry kali ni....
Hasil google dan skodeng fb orang yang pregnant, aku terjumpa la "Maternity Pillow"
Khas untuk orang mengandung atau yang mengalami sakit belakang... :)
Bantal ni best...aku terbeli secara online..2 minggu jugak la fikir nak beli ke tak sebabnya rasa takot lepas beli tak best, nanti membazir..harga ratusss..
..
Taraaaa...ni la bantalnya...besar..dan berat.
Berat dalam 3.8~4kg dengan isi kekabu asli.
Saiz makan setengah katil Queen..nasib la husband tido sempit :)


Macam mana nak guna bantal ni kan? Nampak macam letak kat leher je...
Mai ushar ni gambar...


Ni la cara nak guna bantal ni...memang support your body..full support okeyh!
Rasa kalu perut dah besar mesti selesa lagi..sebab bantal akan support berat perut tu.. :)
..
Sapa-sapa yang berminat nak beli boleh ke SINI. Macam-macam jenis ada..bukan yang ni saja~




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, October 31, 2013

0 Scan ultrasound minggu ke 7 kehamilan

Salam sayang :)
Entri kali ni still pasal pregnancy yang sangat mengujakan....
Insyaallah, 9 bulan akan mengandung, jadi tentunya banyak cerita nak tulis.....
Tak ada orang nak baca? Tak pe lah~ Im happy tulis conteng-conteng kat sini..
I takde diari... :) heheeh
.
Kali ni nak share gambar scan ultrasound minggu ke 7.
Jangan hairan ye kenapa asyik scan je...bukan saja-saja nak p scan okeyh...
Tapi my case masa minggu ke 7 ada spotting lagi...and plus check up kat pantai puteri Ipoh, memang everytime check up akan ada scan session. :)
Ohh by the way, kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak pun ada checkup jugak...
KKIA akan check Hb level and glucose level every time pergi checkup..tapi kat Pantai Hospital tak~
.
Orite sambung balik pasal scan...
So..happy lah, boleh tengok baby..--> bukan happy sebab spotting okeyh..don't get me wrong!
Macam teruja...masa minggu ke-5 just nampak kantung hitam.Boleh refer kat entry ini .
Tapi minggu ke-7 dah nampak rupa macam....ntah la...belum menyerupai manusia lagi..
Tapiiiiii boleh dengar heart beat! Bayangkan..daging yang belum menyerupai manusia tu dah ada jantung dan dengan teknologi moden kita boleh dengar...dup dap dup dap... tiba-tiba timbul rasa sayang..kasih pada insan yang kuat ni..
Subhanallah...
Masa tu rasa nak menitis air mata...tak sangka dalam perut ni ada lagi satu jantung yang berdenyut.
Amanah Allah yang akan menjadi khalifah Allah dimuka bumi.
.
gambar dalam bulatan biru tu la si permata hati ku :)
Belum menyerupai manusia..dalam proses kejadian yang sangat hebat!

Okey, rasa nak pergi beli mesin ultrasound so that boleh tengoh dia everyday.... :)




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 Spotting pertama semasa usia kandungan 5 minggu

Salam semua...
Nak ceritakan kisah diminggu ke-5 kehamilan...
Memandangkan ni kehamilan pertama aku, jadi banyak sangat benda yang aku tak tahu...semua info banyak google kat internet..cari ilmu. Malas nak bertanya sangat kat orang, takut-takut orang meluat pulak nak jawab. Kadang-kadang tu soalan bodoh je, tapi bodoh-bodoh pun perlu tahu....
.
Pagi tu macam biasa, bangun tido untuk pergi kerja.. hoyeahhhh terpaksa pergi kerja...
Sebelum mandi tu..alamak..tengok-tengok apa plak ni....pregnant pun macam period?
Ke tak jadi pregnant...??? Lepas tu boleh pulak buat bodoh, then pergi kerja macam biase..dengan pakai pantiliner...
Dalam pukul 11 pagi lepas meeting, aku pun amik time-off keluar jap dari pejabat..pergi ke klinik panel..
Doc kat klinik panel tu mulut macam puaka...!
Dia langsung tak mententeram kan hati aku..boleh pulak dia cakap.."mungkin baby ni cacat..tak lama lagi dia jatuh sendiri..." " Kami tak boleh scan lagi sebab kecik lagi..tak nampak pun lagi...sila datang lagi dua minggu. Kalau lagi dua minggu scan masih ada, kira ada la..kalau tak, dah gugur la tu.."
Ok, thanks doctor...aku pun rasa nak luruh jantung ni..Balik pejabat terus tak jadi pergi lunch..susah hati beb...petang tu aku pergi ke hospital pantai puteri Ipoh..Gynea pun dah balik..tapi doc kat emergency room tu call dia untuk datang...Alahamdullilah...ada doc nak check...
.
Doc tu dia jelaskan kat aku tentang spotting diawal kehamilan...bla..bla..bla...sampai la aku paham...
lepas tu dia cakap boleh scan..tapi minggu ke-5 apa yang dia expect untuk nampak adalah satu kantung hitam yang perlu berada dikedudukan yang sesuai dalam rahim...jom tengok gambar scan....

nampak tak..kantung hitam dalam bulatan biru tu...tu usia 5 minggu..

So far, penerangan doctor tu amat la melegakan hati...doctor bagi aku satu suntikan kat punggong...hehe
suntikan tu untuk kuatkan rahim. Lepas tu dia bagi ubat hormon, Dupaston (cam tu ke eja...) 
.
Nasihat doctor, kena jaga la...jgn angkat barang berat-berat...jangan berlari..dan banyakkan berehat...

Sampai disini sajalah ye kali ni....bye-bye sayangss!


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, October 29, 2013

5 Saya mangandung! |UPT Test|

Alhamdullilah...dengar tajuk pun dah tahukan entry kali ni berkisarkan pasal ape...
Sebagai wanita yang dah berkahwin semestinya aku tertunggu-tunggu saat nak bergelar ibu...memang kalau boleh nak secepat mungkin...orang kata lepas kawin tu biar la relex berdua dulu..tp apa aku kesah...aku dah bercinta 7 tahun..rasa dah lama kot...sekarang rasa nak ada baby sangat-sangat-sangat!! Hehe.

Al-kisahnya aku yang terlebih tak sabar ni akan buat UPT every month sebelum period aku due. Haha gilosss...orang buat lepas due..konon-konon nak buat cam Fasha Sandha. Wakaka..tapi sume test negative la kannnn...
Aku kawin ujung bulan 5.. kiranya bulan 6 buat sekali test...failed!! 
Bulan 7 buat sekali lagi test..failed jugak!
Tibanya bulan puasa...lepas period selesai..puasa la macam biasa..melepas nak puasa penuh...dalam kiraan patutnya raya ke 4 dah period lagi..tapi tertunggu-tunggu tak mai jugak...lepas tu malam hari sepatutnya period, aku p ke farmasi nak beli ubat resdung..so hubby bawa la g farmasi..masuk farmasi aku p beli UPT...tak beli pun ubat resdung..husband tanya la mana ubatnya..haha...aku selamba jawab "eh lupa!!"...dia tanya beli ape je masuk farmasi..aku mula-mula nak rahsiakan..tapi kena bagi tau jugak la..sebab penyakit pelupa ni...
Balik malam tu husband suruh buat la test UPT..aku malas nk buat lagi..sebab dah malam, kalau ikot pembacaan orang suggest buat kencing pertama pagi-pagi..
Tapi dah husband suruh juga..aku buat je la..
Jeng jeng jeng...bila tengok keputusan UPT tu..ada nampak dua line..but lagi satu tu very faded...pastu aku tunjuk kat husband...masa tu keliru sangat..

Then dengan jayanya aku google... Gogle punya google...ada yang cakap tunggu few days lagi then buat test lagi sekali...
Selang sehari lepas tu..aku pegi beli UPT test lagi..kali ni beli 2 set! Satu jenama guardian Rm7 satu lagi jenama clearblue Rm29.90..digital lagi..hehe...
Balik tu buat yang murah dulu...sedih gila tengok 2nd line tak de pun...lepas 10 minit baru nampak...tapi kali ni nampak jelas dan nyata...mengikut google..keputusan tu tak betul sebab dah lebih dari masa menunggu..patutya 5 minit je..so..I'm very upset la..

Yang bengongnye..aku pegi selongkar tong sampah dalam bilik aku untuk cari UPT test masa aku buat sebelum missed period dulu..konon nak compare UPT yang faded line dengan UPT masa sebelum missed period. Memang jelas UPT masa sebelum missed period tak ada langsung 2nd line walau disuluh dengan sinaran uv.
Hati dah tak tenteram....

(Kisah gambar - See..bawah sekali memang tak de line langsung..sebab after few days buat test datang period as usual..then yang tengah-tengah tu buat time hari sepatutnya period (tak tunggu delay langsung, aku perempuan tak sabar..)tiba-tiba ada very faded line...then the above one yang test after hari ke 3 delay period...)

Hubby pun suruh guna clearblue...aku pegi buat plak lagi skali...sementara nak tunggu result tu..menggigil dow tangan...tiba-tiba tulis "Prengnant". Lepas tu..tunjuk kat husband..dia cakap mai la dia tolong pengangkan..dah menggigil je...lepas few minit, keluar plak tulisan 2-3. Which means 4-5 minggu preggy. Alhamdullilah....


Orang pertama yang kami bg tahu ialah mak aku le...lepas tu suruh mak rahsiakan...
Dan dengan happynya mak aku bg tau dia dah bocorkan rahsia kat adik perempuan aku..dushhhh...dush.... (°.°)"

Happy okeyh!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 Wedding Outdoor Photoshot

Yihuu...
Lama gilos tak update...phew...~

This time nak share my outdoor photo shot..Outdoor session sehari selepas majlis kenduri...hehe
Serious tiyedddd...
Tapi terpaksa, sebab the next day dah nak fly to Sabah..Honeymoon Bah...Bah..Bah...
Photoshot kali ni pilih kaler putih kecreaman..

Dipendekkan cerita...
Majlis akad nikah kaler biru turqoise...
Majlis Walimatul Urus kaler Pink Manik Biru sikit-sikit...
Outdoor Photoshot kaler Putih kecreaman...
Majlis Walimatul Urus pihak lelaki kaler Kuning diraja...

Banyak gila baju aku pakai...
Jenuh jugak nak arrange kaler biar tak overlap...

Overall, happy dengan semua majlis...semuanya memenuhi kehendak hati...Alhamdullilah...






Apa macam? Hehehe..
Ok tak? 
Camera man ni orang yang sama yang amik gambar masa nikah dan majlis walimatul urus..
Sekali sepakage..3 hari berturut-turut tersengih depan dia..dia pun duk snap-snap je..

Frankly speak..Saya tak fotogenik langsung!!!!

My husband nampak lagi ikhlas senyum..huh..

Sampai disini sahajalah entry kali ni pasal photoshot...Habis dah cerita pasal Majlis perkahwinan saya...Next will share something new....

Taraa...tunggu...~ till next..bye!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, July 10, 2013

0 Majlis Perkahwinan Baizura ♥ Irwan

Hai!!
Majlis persandingan belah perempuan dilangsungkan sehari selepas majlis akad nikah..majlis ni sehari je pun...tapi preparation berbulan-bulan...
Alhamdullilah, majlis persandingan berjalan dengan lancar...
Jumlah kad yan diedarkan 500 keping..jadi panggilan kenduri adalah untuk 1000 orang tetamu..
Nak cerita pasal kad kawin...hari tu aku order kad kawin gena online je...order 500 keping + 1 banner + 1 bunting. Tapiiii syarikat kad kawin tu bagi 1000 keping kad + 1 banner + 2 bunting. Rejeki beb! Company tu la yang rugi. Tapi bukan salah aku, aku isi form dah betul, diaorang yang salah print.
Tapi aku pun bukan la buat apa dengan kad yan balance tu...memang dah plan nak panggil 1000 temanu dengan 500 kad..so balance kad tu just simpan dalam kotak je la...
.
Ok..ok..kembali pada story kenduri kawin...
Tema majlis persandingan aku pink.. Baju sanding pula tempah baru kat butik pengantin...Alhamdullilah aku sukaaaaa baju tu!


Scallop khemah pun kaler pink but mixed with brown. Warna khemah pun I loike!  Puas hati la dengan majlis sendiri. Hahaha.
Pelamin pun pinkish gitu....ada chandalier kiri kanan :) Akak butik pengantin belikan sofa baru dengan alat renjis-renjis yang baru. Kiranya beruntung sangat la benda baru-baru je untuk majlis aku. 


See my kek kawin...3 tier gitu..kek tempah kat alam maya. Cari gambar kek yan berkenan pastu request suruh baker design kan kek macam tu...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 Saya isteri dia..

Alhamdullilah..tanggal 24 Mei 2013 pukul 3.30pm dekat rumahku (Taman Puncak Bougainvillea) aku sah menjadi isteri kepada Mohamad Irwan Bin Ibrahim.
Tak sangka..7 tahun kami berkawan..akhirnya sampai ke jinjang pelamin..
Semoga Allah merahmati kami dan semoga perkahwinan ni membawa kami ke jalan yang diredhai Allah..
Suami ku encik iwan telah berjaya dengan sekali lafaz...muahahaha...good job dear!
Ayah yang menikahkan kami.. memang dari dulu sejak sekolah nak ayah yang yg nikahkan...oer kot..dari sekolah lagi dah berangan nak ayah nikahkan...gaatai!! Actually kalau ayah yang nikahkan nampak macam bermakna je...hehe
Insyaallah aku akan cuba jd isteri yang terbaik untuk suamiku

Syokkk kawin!

P/s~ I'm so in love with my solemnization dress..  :))
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, March 07, 2013

0 B2B | Baju Nikah :) |

Haiiii!
Update lagi pasal kahwin! heheehe
.
For your information baju nikah dah siap!! hehehe
Colour tema adalah rahsia...hahaha
.
Yang pasti sangat berpuas hati dan jantung sebab baju tu follow exactly design yang diidam-idamkan.
Muahahaha..over kot..

Share gambar baju nikah without colour! Korang boleh teka ke kaler baju ni ape? Jeng jeng Jeng.. Please kalau korang boleh teka dengan ilmu hitam atau magic, sila jangan hebohkan disini. Hehehe :)


Design baju yang di google di internet dan ditiru oleh aku.. sweet gila kan baju niii. 
Kalau baju ni sweet, baju nikah aku sweet jugak la kan. hehehe..
gila perasannnn!


Tapi tudung tak buat lagi...! Pasti akan pakai shawl punya la..Sebab tudung bawal dah lama tak pakai..dah tak reti..Pastu sebabkan dah lama tak pakai, rasa buruk pulak bila pakai bawal.
Hujung minggu ni nak pergi beli pearl and beads. Nak jahit dekat atas halfmoon :))



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 B2B | Photographer majlis! |

Hye peeps!!

lama tak update, aku tersangat la sibuk dengan pindah rumah.
Pheww~ angkat barang kalah bangla.

Ohh by the way, nak cerita pasal preparation on this coming wedding! hoyeahhhh!
So sekarang dah dapat booking photographer untuk majlis nanti. Yihuuuu!

Aku booking dari blog Kak Zaara! Kak Zaara ada macam-macam pakej, kalau nak boleh visit blog dia :)

Aku amik pakej premium RM1700 dengan few free gifts lagi yang Kak Zaara nak bagi. I'm so happy!
Nasib baik lah booking awal-awal...bayar deposit siap.
Kalau tak mesti susah nak cari photographer. Maklumlah nak kahwin nanti time cuti sekolah, confirm la berebut orang nak cari photographer.


Cantik-cantik gambar yang suami Kak Zaara snap. Contoh macam kat bawah ni..


Untuk lebih gambar, korang boleh visit la sendiri blog Kak Zaara. :))
Harap nanti gambar wedding aku akan cun jugak...





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, February 12, 2013

2 B2B | Checklist Kawin |

Yeaaa nak share checklist kawin pulak!!
By the way checklist ni contains perkara yang terlintas dalam kepala otak buat masa ni...
Rasa macam ada something yang tertinggal...tapi tak tahu la...

Kalau ikot kan checklist ni...lagi banyak yang "garu kepala" compare dengan "sengih"
This is disaster!! hahaha~
Bila ushar-ushar balik checklist ni..memang rasa berdebar tak hengat...
Cukup ke masa nak buat semua ni sebelum pertengahan bulan 5.
Kalau boleh lagi seminggu nak majlis, tak nak fikir apa-apa la....

Ohhhh masa...masa...please be nice..
Alasan untuk semua benda tak prepare adalah...Enchek Tunang tak de disini....
Hmm dah la jumpa Enchek Tunang sebulan setengah sekali...erkk tak de kena mengena langsung kan dengan checklist..hehehe...Tapiiiii opsss ada kena mengena jugak..
Nak fitting baju pengantin..haa mesti kena ada Enchek Tunang kan...! haha..
Baju pengantin tak tau bila siap...tak sabar nak tengokkkkk!!

And hujung minggu ni nak pick baju nikah. Rasanya dah siap..hoyeahhh!
Buat baju awal-awal ni bukan apa, senang nanti nak touch up tambah beads ke..hehe
Setengah B2B risau takot tak muat baju...tapi for me...ahhhh tak payah risau langsung.
Badan aku ni dari sekolah kot macam ni je..takkan la tiba-tiba nak kawin badan jadi kembang kot.
Tak mungkin! So abaikan kerisauan baju tak muat gara-gara baju siap cepat.

**ini bukan cakap besar, ini adalah "ke-frust-san" sebab body weight yang sangat tak mau bertoleransi dengan aku**

Tak ape la...check dulu list ni..kalau kurang, will add later.. 

Ohhh wait for next entry..pasal apa pun tak sure lagi..hehe..




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, February 09, 2013

0 B2B | Doorgift?? |

Hai dearies..
Ape lah yang nak bagi untuk doorgift masa majlis kahwin aku nanti ni...
Ya Allah...tak fikir pun lagi..gila selamba..tolong..tolong...
My ayah punya idea, dia nak bagi jeruk...
So kalau nak bagi jeruk mesti la kena pack dalam plastik or botol kecik..
contoh macam ni...kan??
*google image*
tapi aku rasa nak bagi coklat...macam contoh-contoh kat bawah ni..



kalau bagi coklat + jeruk..mesti kena letak dalam paper bag...
... kalau boleh tak nak bagi paper bag...
ahaaaa bulan 3 ni nak pergi Nilai dengan my mom...maybe kt situ boleh dapat beribu idea nak beli apa kan..

-> kepada si idea..sila lah kreatif sikit...tolong lah bagi idea yg vasssss skit...pleasss...




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 Misi cat rumah

Susah rupanya nak pilih kaler untuk cat rumah..salah beli..naiya laaa...
setong 5 liter je dah Rm115..sebelum cat tu memang kena perah otak la..dulu nak exam pun tak perah otak smapai macam ni.. hahaha
*ini semua poyo*

bila bukak website Nippon, sampai rambang mata la nk pilih kaler...demm gila..
Bila pergi kedai cat, apek kedai cat plak bagi ceramah pulak...hmmm..
tapi betul jugak apa dia cakap..kalau nak beli cat selalunya orang akan terus terlintas dalam otak cat Nippon paint..padahal berlambak lagi cat lain yang ada dan berkualiti tapi jauh lagi murah...
Kenapa nak rugi duit beli cat yang mahal tapi kualiti boleh dapat dengan cat yang harga lebih murah..
thanks apek!
Apek tu cakap, code kaler sume sama...tak kira cat apa...cakap je nak kaler ape, nanti dia mix guna mesin...
Jeng..jeng..jeng...
So finally kami dapat la setong cat 5 liter.. Malam tu jugak la buat operasi cat rumah. Tapi cat yang dibeli ni untuk dinning room...Jat jenama SKK. Cat ni finishing nya glossy..best..best!!





apa macam??
lampu tu nak tukar lampu yang malap kekuningan sikit...baru romantik nak mencekik..hehehe

Chiow!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 24, 2013

2 B2B | Shopping hantaran!! |

Assalamualaikum :)
Weeee~ topik kali syiok. Shopping kot, sape tak syiok..hehehe :)
Mengikut planning, pengantin lelaki akan bagi 7 barang, perempuan bagi 9 barang.
Tak aci kan....kita perempuan dapat 7 je hantaran.
Ahh takpe lah..kita suruh cik abe beli barang yang mahal sikit. hehehe

Barang yang direquest untuk hantaran nanti..
1) Jam dinding tangan (dah beli - Adidas)
2) Perfume (dah beli - Coach)
3) Handbag + purse ( dah beli - Polo Assasin + Giamax)
4) Telekung (dah beli - Bella Ammara)
5) Kasut (sneakers boleh?) - Ntah..?
6) ????
7) ????

Arghh lagi dua nak minta ape ek..
Nak DSLR...nak Galaxy Note II...hehehe oppss cukup 7!!

Balance hantaran beli kemudian la...Tunggu sale besar-besaran.
Encik tunang pun kerja je...maklumlah kerja shift 4-3, so waktu cuti kami tak sama...
Sudah la dia kerja kat Kulim...yang aku ni di Ipoh..
memang tak ada dating la kan....sekali dating, terpaksa la settle kan sebanyak yang mungkin.

Kursus kawin tak pergi lagi!!! Malas la...lama dah tak kena lecture, dengar orang cakap berjam-jam.

Phew~~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, January 11, 2013

2 B2B | Survey pakej butik pengantin |

Yeahh 2013! Januari 11.
Maksudnya lagi berberapa bulan je tinggal. Kalau ikot kiraan, majlis paling bersejarah dalam hidup aku tu akan berlangsung May..so..kira le sendirikan..
Lambat lagi ke ek? Ke dah kena get ready?

huh~

hari tu aku ada meronda seluruh pekan Kuala Kangsar..servey pakej-pakej..
Aku try mintak quotation harga untuk barang-barang yang aku nak..

1) Mini pelamin untuk majlis akad nikah
2) Pelamin Samding 12 kaki
3) Baju Sanding L & P (baru)
4) Baju dress outdoor
5) Make-up 2 kali (Nikah + sanding)
6) Red carpet
7) Pintu gerbang
8) Aksesori L & P
9) Payung , Renjis dll..

Banayak la jugak kan.....hehehe

Kebanayakkan butik pengantin kat Kuala Kangsar ni akan bagi total quatation dalam range harga Rm3000~Rm3500.
Tapi paling syok bila jumpa satu kedai pengantin yang bagi pakej RM2700 untuk semua!!
Demm happy gila!
Butik pengantin ni pun bukan la cikai-cikai je buat kerja..aku dah pernah tengok diorg buat pelamin.
Sebab abang aku kawen ari tu pun amik dari butik ni..
Muahahaha..

Actually, aku memang malas la nak ambik butik pengantin yang abang aku dah amik hari tu..nanti dia kata aku tiru dia...
Tp sebab harga dia macam murah gila..aku ambik je lah~ phew...

Ok..booking tarikh kat butik pengantin! 


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...