our baby

Lilypie First Birthday tickers

Monday, November 11, 2013

7 Pengalaman Morning Sickness sepanjang minggu ke 6 hingga ke 15!

Hi readers semua... :)
Pejam celik, pejam celik dah masuk trimester kedua pun kehamilan aku ni.
Pengalaman sepanjang melalui trimester pertama memang sangat berharga.
Tak tahu berapa galen air mata yang dicurahkan sepanjang trimester pertama tu..
Kisah loya dan muntah bagi aku memang nak memuntahkan kalau tulis..tapi just nak share, tulis juga la.
Semua bermula dari minggu ke 6 hingga ke 15.
Itu adalah sebahagian dari pengalaman aku yang sangat berharga untuk aku kenang bagi kehamilan pertama ni.
Mula-mula aku tahu aku mengandung, aku rasa dua minggu lepas konsepsi, iaitu tarikh sepatutnya aku period.
Kira kalau dari LMP usia kehamilan tu dalam 4 minggu (ikot kaedah perubatan a.k.a doctor kira). Tapi ikot logic baru 2 minggu.
Jadi kita amik kiraan perubatan la ye sebab sepanjang kehamilan ni memang kira ikot perubatan.

*******************
Mula-mula tahu pregnant, baru 4 minggu..rasa happy gila :)
Masa tu berat badan 43kg.
No morning sickness..cuma sakit breast yang menjadi-jadi. Biasa nak period pun sakit cenggini jugak.
Selera makan naik sikit, lapo je..
Tapi ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari..masuk minggu ke 6 aku dilanda morning sickness yang maha teruk.
Mula-mula benda yang menyerang aku ialah angin.
Banyak sangat angin dalam badan terutama waktu petang. Tekan je kat belakang leher ni, berkepul-kepul angin (kalau la boleh nampak angin tu..). Bila dah keluar angin, of course la angin tu tolak muntah sekali...
Lamabt makan, lagi la angin bertambah, cukup makan pun angin jugak.
Sampai sakit la dada ni menahan angin yang keluar..Ya Allah Ya Rabbi, siksa tu bukan sikit-sikit.
Lama jugak la penyakit angin ni melanda..dari minggu ke 6 sampai minggu ke 13 macam tu..
Bayangkan tengah drive angin satu badan..dengan sebelah tangan pegang stering, sebelah tangan pegang plastik standby..
terhuyung hayang drive..kena hon sini sana bila muntah tu dah sampai kat esofogus. Dalam hati berdoa semoga Allah selamatkan kami berdua..beri kekuatan untuk drive sampai kerumah...
Untuk maklumat bersama, aku tinggal kat Kuala Kangsar tapi kerja dekat Ipoh..hari-hari travel ikot highway + jalan persekutuan untuk pergi kerja..Amik masa dalam 40 minit..
kalau dah morning sickness menyerang waktu "morning" yakni pagi-pagi lagi aku dah muntah, maka jangan haraplah aku nak sihat hari tu...sampai ke malam la muntah. Maximum 15kali sehari sampai lembik.
Minum air kosong pun muntah, sampai perut kosong betul-betul kosong..
Ikot bahan bacaan, minum 100 plus boleh mengembalikan bendalir yang hilang dalam badan..jadi masa tu aku minum 100 plus sikit.
Tapi pun muntah jugak. Begitulah hari-hari berlalu..muntah..muntah dan muntah..
Makanan yang boleh ditelan masa tu hanyalah roti dan roti canai.
Kemuncak morning sickness aku menyerang adalah pada  minggu ke 13 kehamilan. Sehari sebelum raya haji, aku dah tak sihat.
Muntah-muntah tapi boleh dikawal lagi.
Pagi Aidiladha tu, aku bangun pagi jugak walaupun badan rasa melayang. Niat nak tunai solat Sunat AIdilahda, mungkin tahun depan tak berkesempatan nak solat Aidiladha dah sebab ada sikecil. Siapa pulak nak jaga kan..(fikir jauh kedepan..)
Jadi aku pun pergi ke Masjid dengan hubby untuk solat..Mula-mula semua berjalan lancar..
Tapi sebelum solat nak mula, aku dah muntah kat masjid...
Hmm kuat kan hati lepas muntah masuk balik dalam saff..duk saff depan sekali pulak tu...lepas takbir ke 2 dalam rokaat pertama aku dah mula berpeluh-peluh...yeaa..nak pitam.
Aku pun keluar saff terus terjelepuk kat belakang masjid. Peluh mencurah-curah..subahanallah..
Lepas aku berehat sampailah semua jemaah selesai Solat, aku bangun balik rumah..hubby tak tahu pun aku tak solat...
Balik rumah tu, aku menangis je la...tahan sakit muntah..sakit kepala..
Bayangkan hari raya, mak masak macam-macam, yang aku pulak duk dalam bilik menangis sebab nak makan tapi tak boleh..
Rasa nikmat dunia ni hilang...emosi memang terganggu. Morning sickness ni ditambah dengan spotting and bleeding yang tak  menentu...Allah je tahu perasaan masa tu.. Tapi kali ni aku duk baring dalam bilik. Rasa macam loser!
Bila dah tengah hari, hubby risau asyik tengok air mata aku duk meleleh je..dia bawa aku pergi klinik..
Masuk klinik, aku just bagi tahu doctor aku dah tak larat muntah..I need help...
then dia suruh aku pegi check air kencing, lepas check tu dia terus buat surat untuk refer aku ke hospital.
Doctor cakap bagi ubat pun dah tak guna sebab aku dah teruk sangat dehydrated..
So lepas dapat surat doktor, aku pun balik rumah solat zohor dulu..then hubby dengan mak bawa pegi Hospital Kuala Kangsar.
This is my hand!
Kena la tahan wad 2 hari untuk masuk air dalam badan ni..3 botol semuanya. Masa masuk air dalam botol tu memang la tak muntah langsung..lepas tu doctor bagi keluar le sebab dah sihat..ketika ni berat aku turun 2kg, jadi tinggallah 41kg.
Balik rumah, rutin yang sama bermula..muntah-muntah dan muntah..mungkin sebab environment kat rumah tak macam hospital.
Mak masak macam-macam, dan bau tu boleh terbang masuk bilik walaupun bilik kat tingkat atas.
Masuk minggu ke 14, aku apply cuti tanpa gaji..elok la pulak time tu banyak public holiday, so cuti aku jadi drag sampai 2 minggu.
Alhamdullilah, boleh la aku berehat kat rumah..
Masuk je kerja, aku dah 16 minggu. Semua sickness dah hilang. Selera makan mencanak-canak naik. Dalam 5 hari berat naik 2.5kg.
Hambik ko...

Alhamdullilah....Allah kembalikan selera makan,kembalikan kecerian aku. Paling penting kembalikan semangat aku untuk terus mengendong amanah Allah ni.

Perkara yang aku tak boleh tahan masa pregnant ni :-
1) Bau badan semua manusia (termasuk suami dan diri sendiri..)
2) Bau tumis menumis
3) Bau busuk.

Hahaha..semua berkaitan bau je...pendek kata nak bau natural. Mengada-ngada!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

7 comments:

Munira Mustafa Kamal said...

Salam ziarah Baizura, berat juga dugaan Baizura masa mengandung ni, takpe, sekarang pun dah beransur pulih kan? Lagi kuat alahan tandanya hormon untuk support kehamilan tu tinggi ;)

nur baizura said...

@Munira Mustafa Kamal wslm. aah mula-mula rasa berat sangat sampai terfikir takut nak alami second pregnancy (kalau ada rezeki..), tapi lepas dah hilang sickness ni rasa seronok sangat

Mama Adwa said...

Jom kurangkan simptom morning sickness http://adwazeye.blogspot.com/2013/12/morning-sickness.html

Mama Adwa said...

Jom kurangkan simptom morning sickness http://adwazeye.blogspot.com/2013/12/morning-sickness.html

CHADIYUS ANGGUN ENTERPRISE said...

Salam byezue...teruk jugak morning sicknesa n nite sickness awak... saya yg muntah sekali sekali pun dr minggu ke6 smpi skrg minggu ke 11 pun mcm teruk...awak muntah air ke atau muntah makan.. mesti badan lembik kan..bila lah nk minggu ke 15 ...sy da x leh tahan lagi..hihihi...

Fatimah Bt Tony said...

Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Hilangkan Morning Sickness Semasa Hamil

cik nadiah azizan said...

Saya pon sama masa pregnant anak sulung. Dari 6w sampai laa week28. Masuk spital 4 hari 9 botol air. Hypremesis gravidarum nama dia.
6 bulan xleh makan. Berat turun 9 kilo. Tapi baby keluar besar 3.74kg. Subhanallah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...