our baby

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 26, 2013

0 Scan Ultrasound minggu ke 11.

Assalamualaikum readers :)

Dalam entry sebelum ni ada cerita sikit pasal morning sickness dan bleeding masa trimester pertama.
Masa minggu ke 11, pertama kali doctor berbesar hati nak scan baby guna teknologi 4D...ngeee~
Masa tu agaknaya dia nampak muka aku cemas..ye lah weiii, aku kat office, tiba-tiba "period a.k.a bleeding"..
Suami tak de, kawan je bawa pergi hospital..Sedih noks.

Waktu bleeding tu, aku memang sumpah yang perasaan aku takut yang teramat.
AKu bimbang anak dalam kandungan ni tak bertahan..dalam masa yang masa aku tak nak kehilangan dia walaupun susah gila mengandungkan dia..

Okey..tak payah emo sangat..tu kenangan berberapa minggu lepas..jom bersedia untuk minggu yang mendatang!
Nak cerita pasal scan ni..eksited!
Last doctor scan baby aku masa tu usia dia 7 minggu. Boleh review entry sebelum ni..ada gambar 7 weeks ultrasound.
Masa 7 minggu tu, apa yang nampak adalah tak nampak apa-apa bentuk. Hahaha. *Rasa nak lempang je kan ayat aku tu*
7 minggu boleh nampak jantung dia berdenyut..tubuh badan tak terbentuk lagi dalam scan.
Bila doctor scan masa usia 11 minggu, memang terkejut tengok dia dah ada semua tangan, kaki..kepala..perut..Even memang dah baca 11 minggu dah ada semua bentuk, tapi bila tengok yang dalam
perut sendiri dah ada rupa manusia rasa sangatlah teruja. Nak over terkejut lagi.
Masa doctor scan 4D tu, baby duk menari-nari..alahai..senyum sampai telinga dibuatnya.
Sangat kecil tapi you are too cute~
Besarnya kuasa Allah..dalam saiz 3-5cm tu dia dah boleh menari-nari.

Kawan aku yang teman masa scan tu pun senyum lebar tengok baby aktif..
Ibunya je yang kena lebih kuat! Chaiyokkk!
Doctor pun cakap tak ada apa-apa, hanya perlu berehat..jangan banyak bergerak sebab masa scan tu doctor tak nampak apa-apa masalah dengan kandungan tu..
Doctor cakap, as long as aku punya sickness teruk tu maknanya baby aku sangat kuat kat dalam.
Masa scan tu pintu rahim pun tertutup elok, punca bleeding tu mungkin disebabkan uri ke bawah.
11 minggu tak dapat nampak lagi kedudukan uri. Lepas 12 minggu baru doctor boleh tengok..
Jadi assumption dia time aku bleeding tu adalah "uri ke bawah". Tapi...dia cakap jangan risau, sebab baru 11 minggu.
Uri akan naik dengan sendirinya bila kandungan mula membesar..Insyaallah.
Tapi harus diingatkan juga, yang ada kes yang uri tak naik sampai bersalin.
Untuk kes aku ni, aku cuma harap dan berdoa semua akan baik-baik sahaja...

*********************************************************************************
Ni gambar masa scan tu, tapi doctor tak bagi gambar 4D.. :(
3D pun dah cukup la buat masa ni..asal tengok je senyum sorang-sorang.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...