our baby

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, December 07, 2013

0 Scan ultrasound 4D Week 16 - Gender Reveal!

Assalamualaikum!

9-November-2013.(SABTU)
Pagi-pagi lagi aku dah bangun untuk bersiap-siap pergi Hospital Pantai Puteri, Ipoh.
Hari ni aku ada check up (monthly) dengan my gynae, Dr. Anjalai.
Klinik Dr. Anjalai buka 8pagi-1ptg je hari Sabtu. So untuk jadi manusia terawal terpacak depan klinik, pukul 7 aku dah bertolak dari rumah. Maklumlah rumah jauh. :)
Ohhh 9-November, aku ngam-ngam masuk 16 minggu (4 bulan). Kalau ikot pembacaan, jantina bayi dah dapat dikenal pasti kalau usia tu dah masuk 16 minggu.
So, dalam fikiran masa tu nak tahu sangat la baby dalam tummy ni gegurl ke boboi. Actually tak kisah pun dapat baby gurl ke boy, anak sulung ni..mana-mana pun okey. Rezeki Allah bagi. Yang penting baby kena sihat dan sempurna, In sya Allah.

Kalau ikutkan instinct, rasanya aku kandungkan anak Lelaki. Tapi kalau tengok tanda-tanda pregnant macam yang aku baca dalam blog-blog sahabat blogger lain, macam pregnantkan anak perempuan.
1) Morning sickness yang teruk -> Orang cakap anak perempuan
2) Baby suka duduk belah kiri -> Orang cakap anak perempuan

Bila suruh orang teka, siapa pun tak dapat teka..sebabnya diorang cakap nak tengok bentuk perut, perut aku still tak nampak macam orang pregnant. Seriously..4 bulan tapi perut tak nampak pun.
Dah la mulut orang macam puaka, sibuk je mereka nak jadi "doktor"..cakap perut aku kecik, mesti baby pun kecik je bila lahir nanti.
Hellow malas nak layan u'ols.

Ok, cakap pasal temujanji dengan Dr.Anjalai, aku sampai hospital pukul 8, dalam pukul 10.30 kot baru masuk jumpa doktor..Bila check up dengan private hospital, tak banyak sangat songeh, tanya sikit-sikit pasal history bleeding masa trimester pertama dulu..Ada repeat lagi ke tak..itu je..Lepas tu scan baby!

Ohh ni first time suami nak tengok baby dalam 4D dan 3D. Tak tahu la dia eksited ke tak. Aku tengok muka selamber je. Pfft~

Awal-awal lagi aku dah buat-buat tanya doktor, sekarang ni boleh tengok gender dia dah ke..(padahal dah tahu, boleh je..) Doktor cakap kita tengok dulu lain-lain..ukur badan, kepala dulu, after that baru kita check gender. :)
Haa time ni aku tanya la doktor, kenapalah perut aku ni kecik sangat,doktor tu sangat sempoi, dia cakap "don't worry your baby is healthy and her/his size is according to the actual size that her/his suppose to be".

Ahh tengok..doktor cakap normal..perut aku je yang sebelum ni memang tak berlemak langsung, that's why baby have a lot of space inside, so no obvious baby bump yet. Haha

Okey, settle scan tu, kita intai pulak baby punya gender.
My baby is so cool..dia tahu mama dia nak tengok dia kangkang luas-luas. Haha..cute!
Sekali tengok dah tahu gender dia. Obviously BOY!

Yeah my instinct is correct!
Doktor tak print pun gambar bird dia tu, doktor just bagi aku 2 keping 4D scan picture. Nampak muka dia.
Dear baby, mama so excited to see your face. I can't wait to see you grow up bigger.
My next appointment dengan Dr. Anjalai is on 28 Dec 2013. Doktor cakap bagi dia besar sikit so kita boleh tengok lagi banyak baby porgress. :)

Here...gambar baby...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...