our baby

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 30, 2014

4 Bersalin pada minggu ke 37 kehamilan.

Assalamualaikum.
8 April 2014 - aku dengan ini mengistiharkan diri ku sebagai mama! Yea..dah bersalin pun. Awal dari tarikh due yang doctor bagi which is 21 April 2014.
Kisah sebelum bersalin...
Pagi tu aku bangun subuh..misi datang lagi tanya progress contraction. Since aku still ok, after solat subuh misi datang masukkan ubat lawas berak ikut bontot. Ermm.. sekejap je lepas tu aku terus ke toilet. Lawas sungguh.
Lepas tu aku amik breakfast..roti dengan air milo..makan kurma sikit..misi pesan pukul 7 pergi labour room.
Lepas breakfast aku muntah..arghh..stress betul la dengan muntah ni..
Aku makan sebab nak bagi tenaga untuk bersalin jap lagi..dah muntah mana nak mai tenaga. Pfft~
Pukul 7.15am, aku jalan pergi labour room.
Masuk situ misi cakap good morning. Haii rasa macam bukan nak pergi bersalin je.
Step first misi nak check bukaan jalan. So..dia buat VE..dah 5-6cm..dan aku masih tak sakit.
So next step is pecahkan ketuban.
Haa ini macam scary...misi guna satu kayu macam chopstick tu..terasa air suam panas meleleh keluar..banyak...
Condition aku..still ok..minta izin misi nak pergi kencing.
Lepas kencing misi suruh baring..dalam pukul 8 am..dia nk cucuk ubat or induce..lepas 30 minit ubat masuk..baru le aku rasa contraction. Makin lama makin kuat... Misi advice suruh mengiring kekiri..bagi oxygen senang sampai ke baby. Aku follow je la apa misi cakap...
Tengah sakit tahan contraction, mak, ayah dengan toksu aku masuk labour room! Ucap good luck and give me support with a big smile. Syukur..mak ayah ada berdoa untuk aku. Si suami masih setia kat sebelah..gosok belakang aku.. rasa macam cool giler..mak ayah boleh masuk labour room bagi kata-kata semangat!
Around pukul 10.15 doctor datang dengan rombongannya..
Misi dah ready cakap bukaan dah 100%.
So tinggal nak push je..
Push yang pertama kali tak cukup nafas. Dalam otak duk teringat member tagged aku kat satu artikel dalam facebook.. "Teknik meneran".
Haaa nak bersalin pun siap ingat artikel tu cakap tarik nafas panjang-panjang dan terus push..jangan curi nafas...
Masa push yang pertama aku tak curi nafas..Konon-konon pratickan apa yang aku baca..tapi baby tak keluar pun. Lagi pun contraction aku datang kejap-kejap je.. tak sampai berapa saat dah hilang.. tak sempat nak meneran masa contraction datang.
Sorang misi yang pegangkan perut aku ni pun cakap, kejap-kejap je perut ni mengeras.
Cubaan kali ketiga..baru sakit sikit aku cakap kat doktor aku nak teran.. doktor pesan suruh amik nafas masa teran tu...
Alhamdullilah kepala baby keluar.. kali ke 4 aku teran keluar la bahu dan seluruh tubuh anak ku..
Aku tak rasa sakit pun masa meneran tu..
Ntah la..mungkin Allah permudahkan urusan aku. Syukur Alhamdullilah.
Doktor pun tak gunting bawah tu..cuma ada koyakan sendiri.. jadi hanya 4 jahitan je yang perlu.
Masa doktor tengah jahit, misi bawa baby aku jumpa aku. Aku ingat lagi bau pertama kali aku cium kepala dia. :)
It was an amazing smell..
Apa yang best masa menunggu masa bersalin, misi pasangkan ayat-ayat Al-Quran.. jadi sepanjang aku sakit contraction 2 jam tu telinga aku didendangkan dengan ayat-ayat dari kalam Allah.
Masa bersalin pulak, doktor dan misi tak lepas dari sebut Allahu akbar..
Perkataan pertama anakku dengar ialah Allahu akbar.
Subhanallah. Indah sungguh pengalaman tu.
Doktor tak henti-henti puji dan beri kata semangat masa aku meneran. Memang tak rugi aku pergi bersalin kat situ.
Rasanya kalau ada 10 anak pun aku nak bersalin kt situ..
*please take note en husband*
Cost sepanjang aku duk kat pusat bersalin tu pun tak mahal. Rasanya mampu lagi.
Aku duduk sana 3hari 2malam. Total cost dalam Rm2.2k.
Apa yang dapat dengan Rm2.2k:
★ bilik single super luas
★ layanan tip top
★ bersalin dengan semua kakitangan muslimah dalam labour room
★ free gift
Aku cadangkan kalau siapa-siapa area ipoh ni kalau nak bersalin boleh la pergi ke pusat bersalin ni...aku yang duduk kat Kuala Kangsar pun gigih lagi pergi Ipoh nak bersalin. Tak jauh mana pun..40 minit sampai le. :)
PUSAT BERSALIN DAN MATA PERMATA
SILIBIN, IPOH.
Klinik milik Doktor Raoofah.
♥ my son ♥
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 comments:

EIKA said...

congrats & welcome baby :) jadi anak yang soleh ya syg :)

nur baizura said...

@EIKA Thanks dear :)

Kenari Putih said...

comel sgt bb.. proses awk bersalin pon dengan jayanya. tahniah.. :)

Fatimah Bt Tony said...

Perkongsian yang sangat menarik, admin.


Ibu hamil aktif Cepat Langsing Selepas Bersalin

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...