our baby

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 30, 2014

0 Minggu ke 36 kehamilan - pulangnya abah mertua ke rahmatullah.

Assalamualaikum,  agak lama tak post apa-apa entry sejak bulan 12 tahun lepas.
Tiba-tiba update post dah 36 minggu pregnant. Hari tu post cakap morning sickness sampai minggu ke 15 je..tapi ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari...
Sebulan je atau 4 minggu je merasa tak de morning sickness.. masuk minggu ke 20 morning sickness datang balik.
Sebab tu la aku amik keputusan untuk tak nak update blog..keadaan kesihatan tak berapa baik.. bila perut dah makin membesar (even tak besar mana) tapi bila diserang muntah-muntah memang rasa sengsara.

Berbalik ke tajuk post kali ni..Minggu ke 36 kehamilan, dapat panggilan dari Jitra..abah mertua sakit secara tiba-tiba. Masuk ICU. Sepatutnya pagi 29 March 2014 ni, aku ada check up dekat Pusat Perubatan Ar Ridzuan. Yelah kan..dah hujung-hujung ni kerap la check up. Tapi semua cancel sebab aku dan suami rushing to Jitra.
Kami sampai ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star pukul 10am macam tu..tak boleh jumpa abah, sebab abah dalam ICU. Semua waris tunggu kat luar. Sedih tengok mak, menangis tunggu abah. Kejap-kejap ada orang bagi update tentang progress abah..
Jantung abah sekali dah berhenti.. tapi dapat selamatkan lagi..tapi kali ke 2..jantung berhenti, abah dah tak dapat diselamatkan.
Pulanglah abah ke rahmatullah pada 29 mar 2014. Doctor cakap dia tak tahu punca pendarahan dalam perut abah..

Ohh malam tu 28 Mar 2014,  suami aku ada call emak, mak cakap abah tak berapa sihat, muntah darah. Esok nak bawa abah pergi hospital. Tak sangka pukul 4 pagi 29 Mar 2014, keadaan abah lagi buruk. Kalau ikutkan berberapa jam lepas je suami baru call mak..

Agak terkilan sebab aku dah berangan nanti bersalin nak abah dengan mak datang rumah mak dekat Kuala Kangsar. Tak lama lagi je nak bersalin..aku dapat rasa yang baby akan menjengah dunia pada usia kandungan 37 minggu.. Tapi aku hanya merancang, Allah juga sebaik- sebaik perancang. Abah tak sempat nak tengok cucu dari anak bongsu dia..

Suami aku nampak bergitu terkesan dengan perginya abah ke rahmatullah. Aku hanya mampu berdoa moga abah tenang disana.

AL FATIHAH untuk abah. :'(

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...