our baby

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 30, 2014

0 Minggu ke 37 kehamilan - CTG dan VE

Assalamualaikum. 
Sabtu 5 April 2014 - Seminggu bercuti di Jitra, aku balik semula ke Kuala Kangsar. Kalau ikutkan nak balik Ahad, tapi bos aku asyik call minta report. Sebab hari tu aku balik dengan rushing to Jitra, (yelah kan..bapak mertua masuk ICU, gila rushing balik Jitra) so aku memang tak bawa balik laptop. Kalau ikutkan laptop office tu memang sentiasa ikut aku balik kampung.
So far aku dah 37 minggu 4 hari dah pada 5 April..keadaan masih ok.. kadang-kadang contraction datang..tapi still boleh tahan.
Tak teruk, tapi sakit jugak walaupun berberapa saat. Dekat Jitra memang aku tak banyak buat kerja atau jalan. Setakat hari-hari basuh baju dan angkat baldi air je.

6 April 2014 - suami ajak tengok wayang. Kami pergi Jusco Kinta City..tengok movie Captain  America. Lepas tu makan steamboat dekat Johny Restaurant. Jalan-jalan sakan jugak la..perut dah boyot, jalan macam penguin..tapi apa kisah..nanti dalam pantang takde la kempunan nak berjalan.

7 April 2014 - dalam hati rasa nak pergi kerja..sebab tak passdown lagi..kalau ikutkan 7 april memang dah plan nak mula bercuti. UNPAID LEAVE. Tarikh jangka bersalin 21 April nanti. Kiraya nak bercuti awal la.. rehat-rehat kat rumah.. dalam hati memang ada perasaan macam mungkin tak bersalin 21hb..rasanya awal.. Tapi siapa sangka cuti start seminggu awal dek kerana permergian abah mertua ke rahmatullah.

Pagi tu aku bangun pagi rasa nak demam, so tak jadi pergi kerja..suami aku pun tak bagi aku pergi kerja..lepastu apa lagi..aku sambung le tido. Pukul 9 pagi ajak mak teman pergi Ar Ridzuan..minggu lepas ter-missed appointment. Sampai kar Ar ridzuan, misi cakap Dr Raoofah yg check aku tu dah tak berkhidmat kt situ..kalau nak jumpa dia kena pergi direct ke pusat bersalin dia sendiri.

So aku pu  drive dengan sesat laratnye cari klinik dia..haha
Sampai klinik dia tu, misi kat kainter tanya bila nak bersalin ni..perut kebawah sangat dah...tapi kecik je perutnya. :)
Bila tiba turn aku nak jumpa Dr raoofah, aku ajak mak masuk..Doctor tanya aku ada rasa contraction tak..dengan jujurnya aku cakap tak tau..ada sekali dua..yang lebihnya rasa sakit macam nak period je tu pun kejap-kejap.. lastly doctor suggest aku buat CTG.
Ok fine..aku pun teringin nak tengok CTG tu cam mane.
Lepas 20 min buat CTG, misi misi cakap contraction aku 2 in 10. Maksudnya 2 kali dalam 10 minit. Tapi aku tak rasa apa pun.. betoi ka tak misi ni..
Lepas tu misi cakap nak buat VE (vaginal examination). Erkk ni yang seram ni..sebab hasil google aku semuanya cakap benda ni sakit.
Misi yg buat VE kt aku tu mula-mula dia ajak bersembang. Sambil tu dia seluk.. uimokkk...bole tahan jgk..rasa nak terkencing. Tengok glove dia berdarah..gila dasyat sampai mana la dia seluk. Hasil selukkan tu dia cakap bukaan jalan dah 4cm. What the fish!! Terus dia call doctor dan bermulalah episod aku kena admit.

To be continue...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...