our baby

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 30, 2014

0 Minggu ke 37 kehamilan - warded!

Assalamualaikum,
Sambungan dari post yang lepas..
Lepas je misi cakap bukaan jalan dah 4cm, dia terus suruh aku warded. Sebab 4cm tu dah kira fasa aktif nak bersalin. Boleh jadi petang or malam nanti mungkin aku dah boleh bersalin.
Tapi....aku tak sakit lagi! Sikit pun tak.
Sakit sebab kena seluk je..lepas 30 minit hilang sakit..all back to normal.

Aku minta izin kat misi nak balik rumah dulu..nanti dah ada contraction yang betul-betul rasa sakit baru aku datang klinik.. tapi tak diizinkan. Dia cakap dalam CTG ada tunjuk contraction..aku tak sakit mungkin sebab orang yang jenis tahan sakit.. yeke..??
So sebelum warded tu..misi suruh pilih bilik.. hehe..aku pilih la bilik yang besar sikit. Konon-konon senang le husband and family nak lepak nanti.
Pukul 2 petang, officially aku salin baju bunga-bunga with kain pink sebagai tanda aku ni pesakit. Haha
Melangut la aku dalam wad tu dengan mak aku. On air cond lepak tengok tv. Agak-agak dah bosan aku pun keluar jalan-jalan dekat lobi klinik tu. Misi yang jaga kaunter duk kalut suruh aku rehat..haishh aku bagi tau aku tak sakit..bosan duk dalam bilik tu.. lagi pun kalau jalan-jalan nanti cepat sikit sakit kot.
Dah le aku dah plan nak pergi Mydin lepas tu nak pergi nursery beli pasu bunga...tiba-tiba cancel sebab masuk wad. Nasib baik la beg baju aku dengan baby dah ada dalam kereta aku.

Aha..masuk je wad tu, misi tadi terus mintak beg baby. Dia cakap nak siapkan tempat tido baby..baby boy, so nak prepare selimut biru. Haha :)

Selang sejam misi datang tanya progress contraction aku..im sorry misi..so far no progress yet. Im still ok 100%. Misi cakap doctor suruh bersalin normal..so dia bagi tempoh sampai esok pagi..kalau tak sakit juga, diorang akan induce pukul 8 pagi.
Suami aku sampai klinik tu petang after balik kerja. Malam tu dia tido lena gila..macam la tido kat rumah..
Dalam hati aku geram jugak la..aku tengah nervous ni..tak ada pulak orang nak diajak sembang..dia tidoq sakan..
Nak sembang dengan dia..nak minta maaf kalau ada salah silap..
mana la tau kot-kot aku bersalin nanti ditakdirkan aku tak panjang umur..siapa tahu..mengingati mati itu perkara yang dituntut..sedih bila fikir..tapi gembira bila aku fikir akan jumpa anak yang aku kandung esok pagi. Aku sure yang aku akan kena induce sebab tak sakit langsung.

Lega..masa aku warded kat situ tak ada proses nak check VE..sekali je check sebelum aku diwarded. :)

Malam tu sebelum tido aku muntah-muntah lagi..ohh my morning sickness still there. Esok nak beranak aku muntah-muntah lagi. Dasyat. 


Aku pilih room C..  besaq habaq hang. Ada 2 bijik tv.. toilet lengkap. So far menang puas hati.
Bilik kaler pink..same exactly dengan bilik tidur aku kat rumah :) 

Tak bagi tau lagi kan..? 
Aku diwarded dekat Pusat Bersalin dan Mata Permata. Pusat bersalin ni milik bumiputra Islam..terletak kat Silibin, Ipoh.

to be continue....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...