our baby

Lilypie First Birthday tickers

Monday, May 05, 2014

1 Baby selesema dan batuk.

Sekarang baru tahu macam mana risaunya bila anak sendiri sakit. Ohh begitu hebat risaunya.
Malam tu..aku terdengar macam ada orang selesema. Bila diamati rupa-rupanya bunyi tu datang dari baby ku, Muhammad Danish Harraz. Ya Allah..tengok muka dia sengsara je nak bernafas. Baby Harraz baru 26 hari.. masih kecil untuk nak tahu erti sakit.
Macam mana dia nak bernafas kalau hidung penuh hingus..

Tengah pagi buta tu aku try sedut hingus dia guna nasal aspirator (jenama Anakku). Hmm tak berkesan..setitik hingus pun tak dapat disedut keluar..
Ya Allah siksanya Harraz nak bernafas.

Alhamdullilah bila siang je hidung dia dah macam clear sikit.
Tapi bila petang selesema macam dah datang balik..OMGeee. risau..
Aku duk termenung fikir kan macam mana nak sedut hingus dia keluar..
Dalam duk fikir tu..terfikir satu idea..
Aku nak sedut hingus dia guna breast pump!
Yeahh guna breast pump!
Memandangkan breast pump bertindak sebagai suction machine, so mesti dia boleh suck hingus tu.
So..experiment pun bermula..
Aku guna breast pump Spectra M1.. and guna satu tiub..hujung tiub tu aku sambungkan dengan kepala nasal respirator Anakku.
Kalau guna tiub tu, tak muat pulak nak sumbat dalam hidung Harraz. *ko ingat hidung anak aku tu besor sangat ke*

Aku sedut guna suction level 1 je. Kalau guna level 2 boleh la untuk hidung budak besar sikit.
Hasilnya memang berbaloi.. dapat sedut hingus hijau keluar..lega rasanya. Syukur..
Walaupun dalam kotak breast pump tu ada tulis jangan basuh tiub tu..tapi aku degil jugak. Hingus dah termasuk dalam tiub tu.. kena la basuh takut nanti tercemar plak masa aku pump susu.
Kalau rosak breast pump tu pun tak apa la.. janji anakku boleh sihat..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, May 02, 2014

4 Mudahnya bersalin!

Assalamualaikum ibu-ibu bapa-bapa..
Bakal ibu dan bakal bapa :)
Syukur..aku dah bergelar ibu pada usia 25 tahun. Well..still 25..bulan Jun baru masuk 26. Hehe..
Surat beranak my baby pun tulis usia ibu dan bapa 25. Wakaka..perlu ke nak bangga kat sini? Watever...

Bercakap pasal title post kali ni "mudahnya bersalin", - ini semua berdasarkan pengalaman pertama aku. Iye, baru pertama.
Bukan nak berlagak, or cakap besar..just nak share pengalaman tu.

Ada nurse kat pusat bersalin dan kawan-kawan tanya, ada petua apa sampai mudah je bersalin..hmm tak ada apa petua sangat la. Kalau ikutkan history mak aku, dia cakap dia bersalin mudah jugak. So aku anggap aku ikut mak la..jenis yang mudah.

Tapi ada juga aku amalkan berberapa benda..aku google tips senang bersalin, then aku cuba la yang mana yang aku berkenan.
Antaranya consume minyak kelapa dara or VCO (virgin coconut oil). Aku start minum VCO masa minggu ke 34. Minum satu sudu setiap malam (*kadang-kadang aku tak minum, sebab malas). Aku minum VCO dari set Tanamera.  Dealer dia cakap start minum minggu ke 37. Tapi aku hentam masa minggu ke 34 sebab dalam hati aku berazam yang nak bersalin masa minggu ke 37. Kalau minum masa minggu ke 37, tak sempat la nak dapat efek kan...
Kadang-kadang aku sapu VCO kat kawasan perineum. Org suruh buat urutan perineum, aku sapu je lah....

Selain tu, banyakkan minum air kelapa muda. Yang ni tiga minggu sebelum bersalin aku rajin minum. Sodap aihhh..

Bab exercise plak, yang ni senang je.. buat dalam bilik atau dimana-mana.
Aku buat exercise ketuk ketampi 10 kali sehari. Tapi tangan tak de la letak kat telinga. Tangan tekan lutut. 10 kali tu rasa macam nak pengsan..bayangkan perut besar.. nak bagun cangkung bangun cangkung 10 kali. Berpeluh kot. Logiknya exercise ni adalah untuk buat baby engage atau turun kelaluan.

Lagi satu exercise yang biasa, adalah jalan. Yes..banyakkan berjalan.
Aku kan kerja kilang, lepas tu semua technician dengan operator aku punya work station sangat la jauh dari office aku. Memang jauh la nak kena berjalan kalau nak briefing diaorang. Aku memang kaki berjalan pun dalam office.  Naik turun tangga bagai.. fuhh...apa kesah..mengantuk kot kalau duduk je ngadap laptop. Ohh few office mate gelakkan aku sebab jalan macam penguin.  What the fish..korang tak tau ke aku sakit nak berjalan nnt tapj gigihkan jugak kaki ni melangkah.

Last sekali, positive thinking.  Itu paling penting ok. Kalau kita rasa nak mudah dan fikir tak sakit, maka mudah la..banyakkan berdoa.

Mungkin korang yang rasa nak bersalin awal atau nak mudah bersalin bole try cara aku. Mana tau berjaya. Haha..

Insyaallah aku nak anak lagi kalau diberi rezeki. Hehe :)

Good luck!!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...