our baby

Lilypie First Birthday tickers

Monday, May 05, 2014

1 Baby selesema dan batuk.

Sekarang baru tahu macam mana risaunya bila anak sendiri sakit. Ohh begitu hebat risaunya.
Malam tu..aku terdengar macam ada orang selesema. Bila diamati rupa-rupanya bunyi tu datang dari baby ku, Muhammad Danish Harraz. Ya Allah..tengok muka dia sengsara je nak bernafas. Baby Harraz baru 26 hari.. masih kecil untuk nak tahu erti sakit.
Macam mana dia nak bernafas kalau hidung penuh hingus..

Tengah pagi buta tu aku try sedut hingus dia guna nasal aspirator (jenama Anakku). Hmm tak berkesan..setitik hingus pun tak dapat disedut keluar..
Ya Allah siksanya Harraz nak bernafas.

Alhamdullilah bila siang je hidung dia dah macam clear sikit.
Tapi bila petang selesema macam dah datang balik..OMGeee. risau..
Aku duk termenung fikir kan macam mana nak sedut hingus dia keluar..
Dalam duk fikir tu..terfikir satu idea..
Aku nak sedut hingus dia guna breast pump!
Yeahh guna breast pump!
Memandangkan breast pump bertindak sebagai suction machine, so mesti dia boleh suck hingus tu.
So..experiment pun bermula..
Aku guna breast pump Spectra M1.. and guna satu tiub..hujung tiub tu aku sambungkan dengan kepala nasal respirator Anakku.
Kalau guna tiub tu, tak muat pulak nak sumbat dalam hidung Harraz. *ko ingat hidung anak aku tu besor sangat ke*

Aku sedut guna suction level 1 je. Kalau guna level 2 boleh la untuk hidung budak besar sikit.
Hasilnya memang berbaloi.. dapat sedut hingus hijau keluar..lega rasanya. Syukur..
Walaupun dalam kotak breast pump tu ada tulis jangan basuh tiub tu..tapi aku degil jugak. Hingus dah termasuk dalam tiub tu.. kena la basuh takut nanti tercemar plak masa aku pump susu.
Kalau rosak breast pump tu pun tak apa la.. janji anakku boleh sihat..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

huda said...

haha.. try and error ek.. org kata sedut je pakai mulut.. tapi sure la geli kan.. hehe..
kang tertelan susah mak... kekeke

im following u.. following me back

http://hudakassim.blogspot.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...