our baby

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, November 20, 2014

0 Rumah Pertamaku [PART 2]

Assalamualaikum.
Bercerita mengenai rumah pertamaku lagi..
Developer rumah aku ni ialah Kinta Properties. Actually seluruh Bandar baru Sri Klebang (BBSK) dibangunkan oleh Kinta Properties. 
Banyak perumahan yang diorg bina dekat BBSKni, aku pilih Strand Park sebab bekenan dengan pattern dan harga yang ok.
Kalau nak cakap pasal pattern rumah ni memang banyak hal...Perkara paling penting kot yang aku consider sebelum beli rumah.
Pattern kalau tak cantik, nanti nak renovate banyak fulus lagi nak keluar. 


Ok ni gambar aku ambil dari website Kinta Properties.


Rumah 2 tingkat dengan keluasan 24x75 kaki persegi dengan harga MYR 362,xxx.
Rumah ni ada 5 bilik tidur + 1 bilik utiliti. Bilik utiliti ni bukan stor, sebab rumah ni dah ada stor tertutup siap pintu dekat bawah tangga. Jadi can consider ada 6 bilik. 4 bilik air.
.
Gambar kat atas ni ruang tamu..sambung dengan ruang makan. 

Bawah tangga tu stor..Gambar ihsan dari Kinta properties..


Gambar ni pulak view dari dapur kering ke ruang tamu. By the way, dapur kering ni kosong.
Developer yang build kitchen cabinet kat situ. If nanti dapat rumah, kawasan tu kosong la.
Dapur basah kat belakang..
.
Kalau ikut budget aku, mungkin la nanti tak buat kitchen cabinet kat situ. Hahaha.
Tapi dah terbayang-bayang nak letak patisyen or divider untuk bahagikan ruang tamu dan ruang makan.
.
.
Haish tak sabar tunggu dapat kunci rumah ni..
Insyaallah dalam bulan March or April 2015.
..
bye!


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 Rumah Pertamaku

Alhamdullilah..
Ini perkara yang tak berapa dirancang.
Tak semena-mena masa on day way balik ke rumah lepas kerja terfikir nak beli rumah sendiri.
Agaknya masa tu kuat terperngaruh dengan perlaksanaan GST tahun 2015.
Jadi terfikir la sementara masih di tahun 2014, dan GST tak start lagi..apa kata kita beli rumah..
So, mulalah aku meluahkan rasa nak membeli sebuah rumah dekat Husband aku..
.
Bantahan.
.
Tu perkara pertama yang aku dapat. Alasannya, "kita tak tahu lagi nak tinggal dekat mana..nak kerja kat mana..."
Jadi perkara yang aku jelaskan kat husband aku ialah...
"kita kerja swasta...sampai ke-tua kita boleh pindah randah..takkan dah tua baru nak beli rumah...
Kalau kita beli sekarang, then kita pindah somewhere, kita boleh sewakan..."
Jujurnya aku pun tak tahu kat mana aku akan habiskan sisa usia..kalau lah aku tahu makanya akan ku rancang hidup dengan lebih baik..
Tapi kita manusia yang secara azalinya tak akan tahu ketentuan masa depan..
.
Weekend.
.
Aku pun mulakan siri mencari rumah..
Pusing-pusing sekitar Ipoh.
Rumah pertama aku pergi, adalah rumah contoh dekat Bandar Baru Sri Klebang (BBSK).
Lepas tu Klebang Ria, Klebang Restu, Chemor...bla..bla..bla...
.
Faktor.
.
Kawasan Klebang sekarang tengah membangun. 
AEON Klebang dalam proses pembinaan. Kawasan perindustrian, means kilang tempat aku kerja pun sebelah AEON je. Kedai-kedai pun banyak...Kawasan ni banyak la juga melayu..macam sama rata.
Majmuk.
Kalau menghala ke Bandar Ipoh, aku tak jumpa tempat yang menarik nak tinggal.
.
The next day, aku decide nak amik rumah yang pertama aku survey.
Which is dekat Bandar Baru Sri Klebang.
Aku pergi lagi sekali kat situ bawa mak. Harus lah kan bawa mak untuk tengok rumah yang bakal aku beli.
Nak tengok jugak komen-komen orang, mana tau mata aku dah dikaburi oleh rumah yang aku dah berkenan tu..Maklumlah bila dah berekenan, semua nampak cantik.
Bila pertama kali mak tengok, dia berkenan jugak..Alhamdullilah.
.
Dua tiga hari lepas tu, aku dengan husband pergi ke rumah tu untuk buat tempahan.
Pantas kan!!
Bayaran untuk booking ialah sebanyak Rm3000. Mahal jugak..pfft...
.
Ok, lepas tu submit semua borang untuk process and apply for housing loan.
Tunggu...tunggu...takut loan tak lepas...
.



sambungan next entry...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, November 17, 2014

0 Baked Carbonara Meetball with Cheese

Chuols...!
Nak share resipi buat Carbonara Meetball {Favorite Food I... tak tahu kenapa craving sangat, rupa-rupanya ada baby dalam rahim..hehe..}
By the way, itu kisah sebelum morning sickness la..

Selalu beli meetball ni dekat Pizza Hut. Mahal jugak, berapa ketul je kat dalam tu.
Tapi sekarang dah tak ada Carbonara Meetball dekat Pizza Hut, yang ada Tomato Meetball.
Tak sedap. I tak suka sos tu..sebab dia pakai sos Spaghetti yang masam tu..
Tak suka! Tak suka!
I tak makan Spaghetti.

lets checkidout macam mana nak buat this food.

Bahan-bahan :-
Meetball (ikut suka la nak berapa ketul)
Cheese (slice or monzarella or apa-apa jenis cheese except cream cheese!)
Oregano
Sos Carbonara With Mushroom -PREGO
Garam
Laba Hitam
Capsicum
Minyak masak/butter (2- 3 sudu kecil)
Susu segar
Bawang putih
Bawang Merah

Cara-cara :-
Goreng meetball dengan sikit minyak masak bersama bawang putih dan bawang merah...
Ummmm wangi...

Bila dah masak, biarkan dia relex sekejap..
Masak sos PREGO dalam periuk lain sampai mendidih.
Tambahkan susu segar kalau sos terlalu pekat (tambah air pun boleh je).
Tambahkan seasoning (garam, oregano dan lada hitam).
Siap!!

Tutup api, then boleh la tuang kan meetball dalam sos tu..
Nanti kita kena bakar benda ni okeyh..so pilihla bekas yang boleh masuk dalam oven.

Inilah rupa lepas tuang meetball dalam sos carbonara tu...
Lepas tu, letak capsicum yang dah dipotong..
Kalau masukkan capsicum awal-awal masa goreng meetball, nanti capsicum tu layuuuuu..

lepas tu boleh carik-carik cheese untuk tabur kat atas sebelum bakar..
Quantity cheese tu terpulang pada selera masing-masing..
Tak ada restriction.. 
Lepas tu bakar la 15-30 min, ikut kehebatan oven korang.


Tadaaaa!
Siap!

.
.
Mudah. Cepat.
.
.
.
.
.
Siap untuk dimakan oleh suami tercayang.
Hehehe..


(p/s: Baked Carbonara Meetball with Cheese makan dengan Spaghetti)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, November 10, 2014

0 Pavlova

Hi..
Just want to share I have made my first ever Pavlova!!
Hahahaha.

Sejujurnya aku tak pernah makan Pavlova. Tengok gambar je.
Ntah cam mana rasa nak buat sendiri Pavlova tu.. semangat yang datang berkobar-kobar.
Sampai lupa siapa la nak tengokkan anak kalau aku sibuk di dapur.
wellll..nak seribu daya kan..
Anak tu tinggal kasi papa dia jaga jap..

Mai tengok cam mana nak buat ni..
.................
Bahan-Bahan utk disc:-


4 biji telur putih
200gm gula castor
1/2 TSP esen vanila
1/2 TBSP cuka makan
1 TSP Tepung jagung


Ok, firstly...pukul telur putih sampai berbuih dengan mixer...
Bila dah berbuih, masukkan gula castor sikit demi sidikit..
Pukul lagi sampai berkilat and creamy..

Bila dah creamy and berkilat, masukkan esen vanila.

Pukul lagi dengan mixer sampai adunan tadi jadi bertanduk.
Lepas dah agak-agak bertanduk tu, try terbalikkan bowl tu..
Kalau dah tak tumpah bila terbalik, kira ok la tu.
Kalau tumpah, korang buat lagi sekali la ye...haha
Last sekali, masukkan tepung jagung dengan cuka kedalam adunan tadi..
Kacau bagi sebati dengan senduk je..Tak payah over guna mixer dah okeyh!

Lepas tu boleh la sendukkan marigue ni dalam piping beg..untuk bakar.
Tengok la aku piping memang teruk...

Lepas tu boleh bakar la ye..sebelum tu panaskan la oven dulu..
Bakar 150 celcius 30 min..
Nampak macam gelap kan..tapi tak gelap sangat..pencahayaan je tu.. hehe :)
Kalau gelap nanti pahit..so jaga-jaga la ye uols..

Oh ye, aku buat dua disk sama saiz..
aku bakar 2 kali.
Satu untuk lapisan bawah, satu lagi untuk atas.

Ok, lepas bakar membakar, kita buat whipped krim pulak untuk topping.

Bahan-bahan untuk topping:-
250ml whipped cream
20gm gula castor

Buah-buahan


Whipped cream tu kena masuk dalam mixer bersama gula castor, putar sampai bertanduk jugak...
Tapi jangan putar lama sangat, nanti pecah minyak..rosak cream tu.

Lepas tu boleh la hias...

Aku hias guna kiwi dengan strawberi je.
Mula-mula sapu satu layer cream atas layer pertama, letak buah-buahan atas lapisan pertama.
Then letak disc kedua...
Ulang guna langkah yang sama..
Hias la dengan buah-buahan :)

Siap!!!









Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, November 03, 2014

1 Harraz's progress. 6 bulan.

Huh..it has been a long time I'm not updating my blog.
The reason is..too busy...!!
Sedar tak sedar my dear baby boy, Muhammad Danish Harraz dah 6 bulan.
Alhamudllilah, sejak lahir tak pernah lagi demam, cuma sering batuk dan selesema..
Mungkin antibodi dia tak berapa bagus kot nak lawan selesema dan batuk.

6 bulan pertama menjaga Harraz adalah perkara yang paling hebat kot..
Won't believe that I was a mother now. :)
Harraz dah mula angkat badan macam posisi merangkak seminggu sebelum turn to 6 month.
Tapi..dia tak reti duduk lagi..apa yang aku perasan dia tak reti duduk sebab dia extra aktif.
Tak sempat nak duduk diam, dah nak bergerak sini sana..

Bila dah 6 bulan setengah Harraz dah pandai merangkak Dan secara automatic pandai duduk.. Alhamdullilah.
Dua hari lepas pandai merangkak sepenuhny dii dah start memanjat pulak. Gelojoh ke?
Hahaha 👼👼

See..dah merangkak 👶

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...