our baby

Lilypie First Birthday tickers

Monday, November 17, 2014

0 Baked Carbonara Meetball with Cheese

Chuols...!
Nak share resipi buat Carbonara Meetball {Favorite Food I... tak tahu kenapa craving sangat, rupa-rupanya ada baby dalam rahim..hehe..}
By the way, itu kisah sebelum morning sickness la..

Selalu beli meetball ni dekat Pizza Hut. Mahal jugak, berapa ketul je kat dalam tu.
Tapi sekarang dah tak ada Carbonara Meetball dekat Pizza Hut, yang ada Tomato Meetball.
Tak sedap. I tak suka sos tu..sebab dia pakai sos Spaghetti yang masam tu..
Tak suka! Tak suka!
I tak makan Spaghetti.

lets checkidout macam mana nak buat this food.

Bahan-bahan :-
Meetball (ikut suka la nak berapa ketul)
Cheese (slice or monzarella or apa-apa jenis cheese except cream cheese!)
Oregano
Sos Carbonara With Mushroom -PREGO
Garam
Laba Hitam
Capsicum
Minyak masak/butter (2- 3 sudu kecil)
Susu segar
Bawang putih
Bawang Merah

Cara-cara :-
Goreng meetball dengan sikit minyak masak bersama bawang putih dan bawang merah...
Ummmm wangi...

Bila dah masak, biarkan dia relex sekejap..
Masak sos PREGO dalam periuk lain sampai mendidih.
Tambahkan susu segar kalau sos terlalu pekat (tambah air pun boleh je).
Tambahkan seasoning (garam, oregano dan lada hitam).
Siap!!

Tutup api, then boleh la tuang kan meetball dalam sos tu..
Nanti kita kena bakar benda ni okeyh..so pilihla bekas yang boleh masuk dalam oven.

Inilah rupa lepas tuang meetball dalam sos carbonara tu...
Lepas tu, letak capsicum yang dah dipotong..
Kalau masukkan capsicum awal-awal masa goreng meetball, nanti capsicum tu layuuuuu..

lepas tu boleh carik-carik cheese untuk tabur kat atas sebelum bakar..
Quantity cheese tu terpulang pada selera masing-masing..
Tak ada restriction.. 
Lepas tu bakar la 15-30 min, ikut kehebatan oven korang.


Tadaaaa!
Siap!

.
.
Mudah. Cepat.
.
.
.
.
.
Siap untuk dimakan oleh suami tercayang.
Hehehe..


(p/s: Baked Carbonara Meetball with Cheese makan dengan Spaghetti)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...