our baby

Lilypie First Birthday tickers

Monday, November 10, 2014

0 Pavlova

Hi..
Just want to share I have made my first ever Pavlova!!
Hahahaha.

Sejujurnya aku tak pernah makan Pavlova. Tengok gambar je.
Ntah cam mana rasa nak buat sendiri Pavlova tu.. semangat yang datang berkobar-kobar.
Sampai lupa siapa la nak tengokkan anak kalau aku sibuk di dapur.
wellll..nak seribu daya kan..
Anak tu tinggal kasi papa dia jaga jap..

Mai tengok cam mana nak buat ni..
.................
Bahan-Bahan utk disc:-


4 biji telur putih
200gm gula castor
1/2 TSP esen vanila
1/2 TBSP cuka makan
1 TSP Tepung jagung


Ok, firstly...pukul telur putih sampai berbuih dengan mixer...
Bila dah berbuih, masukkan gula castor sikit demi sidikit..
Pukul lagi sampai berkilat and creamy..

Bila dah creamy and berkilat, masukkan esen vanila.

Pukul lagi dengan mixer sampai adunan tadi jadi bertanduk.
Lepas dah agak-agak bertanduk tu, try terbalikkan bowl tu..
Kalau dah tak tumpah bila terbalik, kira ok la tu.
Kalau tumpah, korang buat lagi sekali la ye...haha
Last sekali, masukkan tepung jagung dengan cuka kedalam adunan tadi..
Kacau bagi sebati dengan senduk je..Tak payah over guna mixer dah okeyh!

Lepas tu boleh la sendukkan marigue ni dalam piping beg..untuk bakar.
Tengok la aku piping memang teruk...

Lepas tu boleh bakar la ye..sebelum tu panaskan la oven dulu..
Bakar 150 celcius 30 min..
Nampak macam gelap kan..tapi tak gelap sangat..pencahayaan je tu.. hehe :)
Kalau gelap nanti pahit..so jaga-jaga la ye uols..

Oh ye, aku buat dua disk sama saiz..
aku bakar 2 kali.
Satu untuk lapisan bawah, satu lagi untuk atas.

Ok, lepas bakar membakar, kita buat whipped krim pulak untuk topping.

Bahan-bahan untuk topping:-
250ml whipped cream
20gm gula castor

Buah-buahan


Whipped cream tu kena masuk dalam mixer bersama gula castor, putar sampai bertanduk jugak...
Tapi jangan putar lama sangat, nanti pecah minyak..rosak cream tu.

Lepas tu boleh la hias...

Aku hias guna kiwi dengan strawberi je.
Mula-mula sapu satu layer cream atas layer pertama, letak buah-buahan atas lapisan pertama.
Then letak disc kedua...
Ulang guna langkah yang sama..
Hias la dengan buah-buahan :)

Siap!!!









Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...