our baby

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, November 20, 2014

0 Rumah Pertamaku

Alhamdullilah..
Ini perkara yang tak berapa dirancang.
Tak semena-mena masa on day way balik ke rumah lepas kerja terfikir nak beli rumah sendiri.
Agaknya masa tu kuat terperngaruh dengan perlaksanaan GST tahun 2015.
Jadi terfikir la sementara masih di tahun 2014, dan GST tak start lagi..apa kata kita beli rumah..
So, mulalah aku meluahkan rasa nak membeli sebuah rumah dekat Husband aku..
.
Bantahan.
.
Tu perkara pertama yang aku dapat. Alasannya, "kita tak tahu lagi nak tinggal dekat mana..nak kerja kat mana..."
Jadi perkara yang aku jelaskan kat husband aku ialah...
"kita kerja swasta...sampai ke-tua kita boleh pindah randah..takkan dah tua baru nak beli rumah...
Kalau kita beli sekarang, then kita pindah somewhere, kita boleh sewakan..."
Jujurnya aku pun tak tahu kat mana aku akan habiskan sisa usia..kalau lah aku tahu makanya akan ku rancang hidup dengan lebih baik..
Tapi kita manusia yang secara azalinya tak akan tahu ketentuan masa depan..
.
Weekend.
.
Aku pun mulakan siri mencari rumah..
Pusing-pusing sekitar Ipoh.
Rumah pertama aku pergi, adalah rumah contoh dekat Bandar Baru Sri Klebang (BBSK).
Lepas tu Klebang Ria, Klebang Restu, Chemor...bla..bla..bla...
.
Faktor.
.
Kawasan Klebang sekarang tengah membangun. 
AEON Klebang dalam proses pembinaan. Kawasan perindustrian, means kilang tempat aku kerja pun sebelah AEON je. Kedai-kedai pun banyak...Kawasan ni banyak la juga melayu..macam sama rata.
Majmuk.
Kalau menghala ke Bandar Ipoh, aku tak jumpa tempat yang menarik nak tinggal.
.
The next day, aku decide nak amik rumah yang pertama aku survey.
Which is dekat Bandar Baru Sri Klebang.
Aku pergi lagi sekali kat situ bawa mak. Harus lah kan bawa mak untuk tengok rumah yang bakal aku beli.
Nak tengok jugak komen-komen orang, mana tau mata aku dah dikaburi oleh rumah yang aku dah berkenan tu..Maklumlah bila dah berekenan, semua nampak cantik.
Bila pertama kali mak tengok, dia berkenan jugak..Alhamdullilah.
.
Dua tiga hari lepas tu, aku dengan husband pergi ke rumah tu untuk buat tempahan.
Pantas kan!!
Bayaran untuk booking ialah sebanyak Rm3000. Mahal jugak..pfft...
.
Ok, lepas tu submit semua borang untuk process and apply for housing loan.
Tunggu...tunggu...takut loan tak lepas...
.



sambungan next entry...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...