our baby

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, January 29, 2015

30 Mencari Kontraktor untuk wiring dan plaster ceiling

Punya la ligat otak ni duk fikir macam-macam...
Puncanya nak masuk rumah baru..padahal kunci pun tak dapat lagi...
Sekarang ni I ols tengah perah otak buat calculation budget nak masuk rumah baru..
Memang banyak la nak pakai duit kalau beli rumah baru.

Nak mulakan kehidupan baru ni bukan senang..lepas habis belajar simpan duit nak kawin..
Dah kawin, nak kena gigih simpan duit nak masuk rumah.

Kalau sewa rumah tu kira okey lagi la...takat yang ada je, maklumlah rumah orang.
Tapi bila nak masuk rumah sendiri ni, memang wajib kot fikir banyak...

Kalau nak rumah complete siap semua, kena beli rumah contoh le..
tapi tak mampu la hakak...rumah contoh mahal 100K...
Tapi bila fikir-fikir balik macam okey je mahal 100K..
Kau bayangkan lah, rumah contoh lawa gila...
Siap perabot 100%, kitchen cabinet lengkap, plaster ceiling cun, wiring full, aircond lagi, tambah ada interior design -wallpaper, cermin hiasan, memang kherlass!
Kalau kita nak upah orang pun mau harga nak dekat 100K jugak kalau nak masuk rumah lengkap.
Tinggal angkat baju je, bawa diri pindah masuk...
Haaa terlebih malas dah la tu i ols kan..hahaha

Bebel apa panjang sangat, tak masuk lagi topik yang nak diceritakan ni..
Sebenarnya I ols tengah cari kontraktor yang boleh pasang plaster ceiling dan wiring dengan harga yang murah dekat area Ipoh or Chemor...
Murah tapi buat kerja thorbaikk..Jangan lah pulak tapi keje menipu pulak kan..

Sekarang ni tengah hot desing LBox...I pun nak macam tu..
Nak macam ni...tiru rumah contoh :)


Ruang lain nak straight plane je..

Any idea...siapa yang boleh bagi quotation murah-murah berbaloi-baloi..??


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 15, 2015

0 Resepi Rainbow Cake

First time ever try buat kek yang susah.
Ahh bukan susah, tapi renyah.
Dengan oven kecik dan comel..muat masuk 1 loyang je setiap kali bakar.

Kek Rainbow ada 6 layer, means kena bakar 6 kali. Gagah tak nak tunggu turn bakar satu-satu.
hewhewhew..

Resipi Kek Pelangi @ Rainbow Cake.

Bahan-bahan:-
150gm tepung super fine (ayak)
150gm gula kastor
6 biji telur gred A (suhu bilik)
80ml susu segar
80ml butter (dicairkan)
1sdk baking powder
1sb Ovellete
1sdk esen vanila
6 pewarna makanan.

Cara-cara:-
  1. Campur tepung, gula, telur, ovellete, esen vanila, baking powder - pukul sampai sebati sehingga gebu dengan kelajuan maximum. 
  2. Tambahkan susu sedikit demi sedikit, pukul lagi sampai gebu gebas.
  3. Tuang mentega dan kacau sampai sebati. Guna spatula je.
  4. Bahagi adunan dalam 6 mangkuk, tuang pewarna setitik dua, Ikut suka. Kalau nak kaler terang, letak banyak..
  5. Griskan loyang gengan butter/metega supaya kek tak melekat. Bolhe je guna kertas lapik.
  6. Bakar satu persatu...160 darjah celcius dalam 10-15 min.
Cheese frosting
Bahan-bahan:-
250gm cream cheese
100ml whipped cream
50gm gula
sedikit lemon (sunquick pun boleh)

Cara-cara:-
  1. Campurkan semua bahan, putar sampai gebu.
Last sekali layerkan setiap lapisan dengan cream cheese, dan toppingkan seluruh kek dengan cream cheese.
Make sure kek dah betul-betul sejuk baru buat topping okeyh!


birthday boy..9 bulan. Hahaha
setiap bulan Harraz dapat kek sempena birthday monthly. Haha
jenuh mak aih....

Next time, nak consider lebihkan adunan untuk cream cheese, sebab kalau cream cheese mencurah-curah baru macam sedap kot. hehe




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...