our baby

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, January 15, 2015

0 Resepi Rainbow Cake

First time ever try buat kek yang susah.
Ahh bukan susah, tapi renyah.
Dengan oven kecik dan comel..muat masuk 1 loyang je setiap kali bakar.

Kek Rainbow ada 6 layer, means kena bakar 6 kali. Gagah tak nak tunggu turn bakar satu-satu.
hewhewhew..

Resipi Kek Pelangi @ Rainbow Cake.

Bahan-bahan:-
150gm tepung super fine (ayak)
150gm gula kastor
6 biji telur gred A (suhu bilik)
80ml susu segar
80ml butter (dicairkan)
1sdk baking powder
1sb Ovellete
1sdk esen vanila
6 pewarna makanan.

Cara-cara:-
  1. Campur tepung, gula, telur, ovellete, esen vanila, baking powder - pukul sampai sebati sehingga gebu dengan kelajuan maximum. 
  2. Tambahkan susu sedikit demi sedikit, pukul lagi sampai gebu gebas.
  3. Tuang mentega dan kacau sampai sebati. Guna spatula je.
  4. Bahagi adunan dalam 6 mangkuk, tuang pewarna setitik dua, Ikut suka. Kalau nak kaler terang, letak banyak..
  5. Griskan loyang gengan butter/metega supaya kek tak melekat. Bolhe je guna kertas lapik.
  6. Bakar satu persatu...160 darjah celcius dalam 10-15 min.
Cheese frosting
Bahan-bahan:-
250gm cream cheese
100ml whipped cream
50gm gula
sedikit lemon (sunquick pun boleh)

Cara-cara:-
  1. Campurkan semua bahan, putar sampai gebu.
Last sekali layerkan setiap lapisan dengan cream cheese, dan toppingkan seluruh kek dengan cream cheese.
Make sure kek dah betul-betul sejuk baru buat topping okeyh!


birthday boy..9 bulan. Hahaha
setiap bulan Harraz dapat kek sempena birthday monthly. Haha
jenuh mak aih....

Next time, nak consider lebihkan adunan untuk cream cheese, sebab kalau cream cheese mencurah-curah baru macam sedap kot. hehe




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...